Kajian terhadap gaya keibubapaan dan kaitannya dengan kemurungan dan kualiti persahabatan remaja
Loading...
Date
2004
Authors
Yusoff, Masitah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Abstract
PENDAHULUAN: Kajian terhadap gaya keibubapaan mengenalpasti 4 jenis gaya
yang diamalkan oleh ibubapa iaitu indulgent, authoritarian,
authoritative dan uninvolve.
Walaupun terdapat banyak kajian yang serupa yang dijalankan di barat namun tidak
banyak lagi yang dijalankan di kalangan masyarakat Malaysia khasnya di Pantai
Timur. Persoalan yang menjadi fokus utama kajian adalah apakah sebenarnya kaitan
di antara gaya keibubapaan dengan faktor emosi dan sosialisasi remaja. Faktor
kemurungan adalah dipilih sebagai parameter yang mewakili emosi sementara faktor
kualiti persahabatan mewakili sosialisasi remaja.
OBJEKTIF: Tujuan utama kajian adalah untuk mengenalpasti gaya keibubapaan di
kalangan ibubapa, untuk membuktikan kaitan gaya keibubapaan dengan kemurungan
dan perkaitan gaya keibubapaan dengan kualiti persahabatan.
METODOLOGI: Suatu kajian telah dilakukan di kalangan 105 pelajar dan ibubapa
sekolah menengah dalam jajahan Kota Bharu. Pemilihan sekolah dan pelajar adalah
secara persempelan rawak sistermatik. Soalselidik yang digunakan dalatn kaj ian ini
adalah Skala Senarai Tingkah Laku Kanak-kanak (CBCL), Soalselidik Gaya
Keibubapaan (PSQ) dan Soalselidik Kualiti Persahabatan (FQS).KEPUTUSAN: Seramai 105 dari 110 pelajar dan ibubapa telah dipilih untuk kajian.
Hasil daripada kajian mendapati bahawa gaya keibubapaan authoritative adalah
merupakan gaya yang sering diamalkan oleh ibubapa (74.3%). Manakala gaya
keibubapaan jenis uninvolved adalah gaya yang paling jarang diamalkan oleh ibubapa
(25.7%). Kajian ini juga mendapati bahawa tidak ada perkaitan yang signifikan
secara statistik antara gaya keibubapaan dengan kemurungan remaja. Sebaliknya
gaya keibubapaan mempunyai kaitan yang signifikan secara statistik dengan kualiti
persahabatan remaj a.
KESIMPULAN: Gaya keibubapaan adalah merupakan faktor yang penting
menyumbang kepada masalah emosi dan sosialisasi remaja. Authoritative adalah
merupakan gaya keibubapaan yang sering diamalkan oleh ibubapa di kawasan Kota
Bharu manakala uninvolved adalah gaya keibubapaan yang jarang diamalkan .
Kemurungan remaja tidak mempunyai kaitan dengan gaya keibubapaan sebaliknya
kualiti persahabatan adalah dipengaruhi oleh gaya keibubapaan.
Description
Keywords
Stress