Kajian terhadap gaya keibubapaan dan kaitannya dengan kemurungan dan kualiti persahabatan remaja

dc.contributor.authorYusoff, Masitah
dc.date.accessioned2019-07-10T08:54:46Z
dc.date.available2019-07-10T08:54:46Z
dc.date.issued2004
dc.description.abstractPENDAHULUAN: Kajian terhadap gaya keibubapaan mengenalpasti 4 jenis gaya yang diamalkan oleh ibubapa iaitu indulgent, authoritarian, authoritative dan uninvolve. Walaupun terdapat banyak kajian yang serupa yang dijalankan di barat namun tidak banyak lagi yang dijalankan di kalangan masyarakat Malaysia khasnya di Pantai Timur. Persoalan yang menjadi fokus utama kajian adalah apakah sebenarnya kaitan di antara gaya keibubapaan dengan faktor emosi dan sosialisasi remaja. Faktor kemurungan adalah dipilih sebagai parameter yang mewakili emosi sementara faktor kualiti persahabatan mewakili sosialisasi remaja. OBJEKTIF: Tujuan utama kajian adalah untuk mengenalpasti gaya keibubapaan di kalangan ibubapa, untuk membuktikan kaitan gaya keibubapaan dengan kemurungan dan perkaitan gaya keibubapaan dengan kualiti persahabatan. METODOLOGI: Suatu kajian telah dilakukan di kalangan 105 pelajar dan ibubapa sekolah menengah dalam jajahan Kota Bharu. Pemilihan sekolah dan pelajar adalah secara persempelan rawak sistermatik. Soalselidik yang digunakan dalatn kaj ian ini adalah Skala Senarai Tingkah Laku Kanak-kanak (CBCL), Soalselidik Gaya Keibubapaan (PSQ) dan Soalselidik Kualiti Persahabatan (FQS).KEPUTUSAN: Seramai 105 dari 110 pelajar dan ibubapa telah dipilih untuk kajian. Hasil daripada kajian mendapati bahawa gaya keibubapaan authoritative adalah merupakan gaya yang sering diamalkan oleh ibubapa (74.3%). Manakala gaya keibubapaan jenis uninvolved adalah gaya yang paling jarang diamalkan oleh ibubapa (25.7%). Kajian ini juga mendapati bahawa tidak ada perkaitan yang signifikan secara statistik antara gaya keibubapaan dengan kemurungan remaja. Sebaliknya gaya keibubapaan mempunyai kaitan yang signifikan secara statistik dengan kualiti persahabatan remaj a. KESIMPULAN: Gaya keibubapaan adalah merupakan faktor yang penting menyumbang kepada masalah emosi dan sosialisasi remaja. Authoritative adalah merupakan gaya keibubapaan yang sering diamalkan oleh ibubapa di kawasan Kota Bharu manakala uninvolved adalah gaya keibubapaan yang jarang diamalkan . Kemurungan remaja tidak mempunyai kaitan dengan gaya keibubapaan sebaliknya kualiti persahabatan adalah dipengaruhi oleh gaya keibubapaan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8464
dc.language.isoenen_US
dc.publisherPusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectStressen_US
dc.titleKajian terhadap gaya keibubapaan dan kaitannya dengan kemurungan dan kualiti persahabatan remajaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: