Pengaruh Keibubapaan, Kearifan Tempatan Dan Keberagamaan Terhadap Kematangan Emosi Dalam Pembentukan Status Identiti Diri Remaja

dc.contributor.author., Purwadi
dc.date.accessioned2019-08-29T07:14:53Z
dc.date.available2019-08-29T07:14:53Z
dc.date.issued2017-05
dc.description.abstractPembentukan identiti diri merupakan satu tugasan remaja yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor serta sering menimbulkan perasaan dan tingkah laku negatif. Kajian ini menerokai sebahagian daripada faktor-faktor ini. Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh keibubapaan, kearifan tempatan, keberagamaan dan kematangan emosi terhadap pembentukan status identiti diri remaja. Peserta kajian ialah 625 orang remaja siswa sekolah menengah atas berusia 15-18 tahun di Daerah Istimewa Yogyakarta. Data kajian dikutip dengan menggunakan soal kajian yang meliputi instrumen keibubapaan, kearifan tempatan, keberagamaan dan status identiti diri yang dibina sendiri oleh pengkaji serta mempunyai koefisien kesahihan dan kebolehpercayaan yang baik. Kematangan emosi diukur dengan instrumen yang dibina oleh Rahayu (2007). Analisis Structural Equation Modeling menunjukkan bahawa: (i) kearifan tempatan dan keberagamaan mempunyai pengaruh signifikan terhadap kematangan emosi; (ii) keibubapaan tidak mempunyai pengaruh signifikan terhadap kematangan emosi; (iii) keibubapaan, kearifan lokal, keberagamaan, dan kematangan emosi mempunyai pengaruh signifikan terhadap status identiti diri; (iv) keibubapaan tidak mempunyai pengaruh signifikan terhadap status identiti diri melalui kematangan emosi; dan (v) kearifan tempatan dan keberagamaan mempunyai pengaruh signifikan terhadap status identiti diri melalui kematangan emosi. Hasil kajian ini boleh menjadi asas pengembangan konsep psikologi tentang perkembangan identiti diri remaja sekaligus menjadi asas pengupayaan perkembangan identiti diri remaja di Indonesia.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8735
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPengaruh keibubapaan, kearifan tempatan dan keberagamaanen_US
dc.subjectkematangan emosi dalam pembentukan status identiti diri remajaen_US
dc.titlePengaruh Keibubapaan, Kearifan Tempatan Dan Keberagamaan Terhadap Kematangan Emosi Dalam Pembentukan Status Identiti Diri Remajaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: