Kesan Penambahan Caco3 Terhadap Ciri Licau Hablur Zno
Loading...
Date
2011-10
Authors
Jamaludin, Abdul Rashid
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Licau hablur dapat memberikan nilai estatik kepada jasad seramik. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kajian mengenai penghasilan licau hablur menggunakan
suhu yang tinggi semasa proses pembakaran. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui
kesan penambahan CaCO3 dalam licau hablur berasakan ZnO terhadap morfologi
hablur dan suhu pembakaran yang digunakan. Empat formulasi licau hablur dengan
kandungan CaCO3 daripada 0.0, 1.0, 3.0, 5.0 %berat telah disediakan. Selepas proses
pencampuran dan pengisaran basah, licau hablur disalut pada jasad substrat porselin.
Pembakaran licau hablur telah dijalankan pada suhu glos 1180 - 1240oC selama 30
minit dengan rendaman pada suhu penghabluran 1060oC selama 180 minit. Analisis
pembelaun sinar-X (XRD) menunjukkan sferulit yang terbentuk adalah fasa hablur
willemit (Zn2SiO4) dan terjadi pada sampel dengan 0.0, 1.0, 3.0 %berat CaCO3.
Bilangan sferulit semakin berkurangan dengan penambahan CaCO3 dan terhapus
pada 5.0 %berat CaCO3. Analisis mikroskop elektron imbasan lapangan medan
(FESEM) dan sinar-X serakan tenaga (EDX) menunjukkan hablur willemit
berbentuk rod-rod seperti jarum. Sampel dengan 5.0 %berat CaCO3 menyebabkan
pengaliran leburan licau hablur meningkat sehingga 100%. Selain itu, nilai suhu
peralihan kaca (Tg) bagi licau hablur didapati semakin menurun apabila kandungan
CaCO3 ditingkatkan kepada 5.0 %berat dan nilai pekali pengembangan terma (CTE)
meningkatkan dengan penambahan sehingga 3.0 %berat CaCO3.
Description
Keywords
Kesan penambahan CaCo3 terhadap , ciri licau hablur ZnO