Kesan Penambahan Caco3 Terhadap Ciri Licau Hablur Zno

dc.contributor.authorJamaludin, Abdul Rashid
dc.date.accessioned2018-12-03T06:32:16Z
dc.date.available2018-12-03T06:32:16Z
dc.date.issued2011-10
dc.description.abstractLicau hablur dapat memberikan nilai estatik kepada jasad seramik. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian mengenai penghasilan licau hablur menggunakan suhu yang tinggi semasa proses pembakaran. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui kesan penambahan CaCO3 dalam licau hablur berasakan ZnO terhadap morfologi hablur dan suhu pembakaran yang digunakan. Empat formulasi licau hablur dengan kandungan CaCO3 daripada 0.0, 1.0, 3.0, 5.0 %berat telah disediakan. Selepas proses pencampuran dan pengisaran basah, licau hablur disalut pada jasad substrat porselin. Pembakaran licau hablur telah dijalankan pada suhu glos 1180 - 1240oC selama 30 minit dengan rendaman pada suhu penghabluran 1060oC selama 180 minit. Analisis pembelaun sinar-X (XRD) menunjukkan sferulit yang terbentuk adalah fasa hablur willemit (Zn2SiO4) dan terjadi pada sampel dengan 0.0, 1.0, 3.0 %berat CaCO3. Bilangan sferulit semakin berkurangan dengan penambahan CaCO3 dan terhapus pada 5.0 %berat CaCO3. Analisis mikroskop elektron imbasan lapangan medan (FESEM) dan sinar-X serakan tenaga (EDX) menunjukkan hablur willemit berbentuk rod-rod seperti jarum. Sampel dengan 5.0 %berat CaCO3 menyebabkan pengaliran leburan licau hablur meningkat sehingga 100%. Selain itu, nilai suhu peralihan kaca (Tg) bagi licau hablur didapati semakin menurun apabila kandungan CaCO3 ditingkatkan kepada 5.0 %berat dan nilai pekali pengembangan terma (CTE) meningkatkan dengan penambahan sehingga 3.0 %berat CaCO3.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7172
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKesan penambahan CaCo3 terhadapen_US
dc.subjectciri licau hablur ZnOen_US
dc.titleKesan Penambahan Caco3 Terhadap Ciri Licau Hablur Znoen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: