Wacana Penubuhan Provinsi Tapanuli Dalam Akhbar Indonesia: Satu Kajian Terhadap Berita Di Dalam Akhbar Sinar Indonesia Baru Dan Waspada
Loading...
Date
2010
Authors
Pohan, Syafruddin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini menggunakan pendekatan analisis wacana kritikal untuk menjelaskan
kedudukan kedua-dua akhbar Sinar Indonesia Baru (SIB) dan Waspada dalam
melaporkan isu penubuhan Provinsi Tapanuli. Fokus penyelidikan ialah mengenal pasti
kaedah kedua-dua akhbar membuat wacana rancangan penubuhan Provinsi Tapanuli.
Penyelidikan pula hendak mengetahui proses keputusan media berkenaan dalam
menentukan satu berita yang akan dimuatkan, termasuk kandungan tajuk, susun atur
berita, bilangan paragraf, dan sumber maklumat berita. Tujuan penyelidikan ialah
melihat cara-cara media menghasilkan berita, hubungan wartawan dengan media dan
cara organisasi media mengelolakan ruangan media. Unit analisis yang dikaji ialah
berita hangat (straight/hard news) yang lebih dominan berbanding pendapat, dan artikel
pendapat. Teori utama yang diguna pakai dalam analisis wacana kritikal di sini ialah
teori wacana media, hegemoni media, teori konstruksi realiti media, dan teori
perubahan sosial daripada Norman Fairclough. Teori-teori lain yang digunakan untuk
meningkatkan penyelidikan ini ialah teori hegemoni media, teori konstruksi realiti, dan
teori penentuan agenda. Penyelidikan ini pula mengamalkan analisis tiga tahap; iaitu,
“teks”, “praktik wacana”, dan “sosiobudaya”. Pada tahap penyelidikan teks, data
dianalisis dengan menggunakan dua cara ; iaitu, analisis isi kandungan kuantitatif dan
analisis pembingkaian Robert Entmann. Daripada hasil penyelidikan teks, penyelidikan
dilanjutkan dengan menemu bual wartawan dan pengurus media seputar sebagai hasil
penyelidikan teks yang diperoleh sebelumnya. Tahap selanjutnya ialah penyelidik
melakukan kajian sosiobudaya antaranya tentang sejarah Tapanuli, dan etnik Batak.
Hasil yang diperoleh daripada ketiga-tiga tahap tersebut ialah : Akhbar Sinar Indonesia
Baru memaknai wacana penubuhan Provinsi Tapanuli iaitu satu rancangan yang
sememangnya diwujudkan untuk mensejahterakan masyarakat Tapanuli, manakala
akhbar Waspada memberikan penjelasan bahawa penubuhan Provinsi Tapanuli terlalu
dipaksa, sehingga dikhuatiri boleh menimbulkan ketidakharmonian bagi masyarakat
Sumatera Utara yang selama ini wujud. Kedua, Sinar Indonesia Baru menonjolkan
berita wacana penubuhan Provinsi Tapanuli. Hal ini terbukti apabila akhbar SIB lebih
banyak menggunakan jumlah bilangan paragraf berita berbanding akhbar Waspada.
Ketiga, untuk meyakinkan pembacanya mencapai matlamat wujudnya Provinsi
Tapanuli, akhbar Sinar Indonesia Baru menggunakan sumber berita elit politik dan
tokoh masyarakat yang seakan dipaksakan. Sebaliknya, akhbar Waspada lebih banyak
menggunakan tokoh dan pakar yang rasional untuk menolak penubuhan Provinsi
Tapanuli, dan keempat Sinar Indonesia Baru berpendirian, wujudnya Provinsi Tapanuli
ialah cerminan hak asasi masyarakat yang mesti dihormati kerajaan dan pihak yang
menentangnya, manakala Waspada pula menilainya sebagai sesuatu yang terlalu dicaricari
alasannya.
Description
Keywords
Provinsi Tapanuli , Akhbar Sinar Indonesia Baru Dan Waspada