Wacana Penubuhan Provinsi Tapanuli Dalam Akhbar Indonesia: Satu Kajian Terhadap Berita Di Dalam Akhbar Sinar Indonesia Baru Dan Waspada

dc.contributor.authorPohan, Syafruddin
dc.date.accessioned2019-10-04T02:23:29Z
dc.date.available2019-10-04T02:23:29Z
dc.date.issued2010
dc.description.abstractKajian ini menggunakan pendekatan analisis wacana kritikal untuk menjelaskan kedudukan kedua-dua akhbar Sinar Indonesia Baru (SIB) dan Waspada dalam melaporkan isu penubuhan Provinsi Tapanuli. Fokus penyelidikan ialah mengenal pasti kaedah kedua-dua akhbar membuat wacana rancangan penubuhan Provinsi Tapanuli. Penyelidikan pula hendak mengetahui proses keputusan media berkenaan dalam menentukan satu berita yang akan dimuatkan, termasuk kandungan tajuk, susun atur berita, bilangan paragraf, dan sumber maklumat berita. Tujuan penyelidikan ialah melihat cara-cara media menghasilkan berita, hubungan wartawan dengan media dan cara organisasi media mengelolakan ruangan media. Unit analisis yang dikaji ialah berita hangat (straight/hard news) yang lebih dominan berbanding pendapat, dan artikel pendapat. Teori utama yang diguna pakai dalam analisis wacana kritikal di sini ialah teori wacana media, hegemoni media, teori konstruksi realiti media, dan teori perubahan sosial daripada Norman Fairclough. Teori-teori lain yang digunakan untuk meningkatkan penyelidikan ini ialah teori hegemoni media, teori konstruksi realiti, dan teori penentuan agenda. Penyelidikan ini pula mengamalkan analisis tiga tahap; iaitu, “teks”, “praktik wacana”, dan “sosiobudaya”. Pada tahap penyelidikan teks, data dianalisis dengan menggunakan dua cara ; iaitu, analisis isi kandungan kuantitatif dan analisis pembingkaian Robert Entmann. Daripada hasil penyelidikan teks, penyelidikan dilanjutkan dengan menemu bual wartawan dan pengurus media seputar sebagai hasil penyelidikan teks yang diperoleh sebelumnya. Tahap selanjutnya ialah penyelidik melakukan kajian sosiobudaya antaranya tentang sejarah Tapanuli, dan etnik Batak. Hasil yang diperoleh daripada ketiga-tiga tahap tersebut ialah : Akhbar Sinar Indonesia Baru memaknai wacana penubuhan Provinsi Tapanuli iaitu satu rancangan yang sememangnya diwujudkan untuk mensejahterakan masyarakat Tapanuli, manakala akhbar Waspada memberikan penjelasan bahawa penubuhan Provinsi Tapanuli terlalu dipaksa, sehingga dikhuatiri boleh menimbulkan ketidakharmonian bagi masyarakat Sumatera Utara yang selama ini wujud. Kedua, Sinar Indonesia Baru menonjolkan berita wacana penubuhan Provinsi Tapanuli. Hal ini terbukti apabila akhbar SIB lebih banyak menggunakan jumlah bilangan paragraf berita berbanding akhbar Waspada. Ketiga, untuk meyakinkan pembacanya mencapai matlamat wujudnya Provinsi Tapanuli, akhbar Sinar Indonesia Baru menggunakan sumber berita elit politik dan tokoh masyarakat yang seakan dipaksakan. Sebaliknya, akhbar Waspada lebih banyak menggunakan tokoh dan pakar yang rasional untuk menolak penubuhan Provinsi Tapanuli, dan keempat Sinar Indonesia Baru berpendirian, wujudnya Provinsi Tapanuli ialah cerminan hak asasi masyarakat yang mesti dihormati kerajaan dan pihak yang menentangnya, manakala Waspada pula menilainya sebagai sesuatu yang terlalu dicaricari alasannya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8942
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectProvinsi Tapanulien_US
dc.subjectAkhbar Sinar Indonesia Baru Dan Waspadaen_US
dc.titleWacana Penubuhan Provinsi Tapanuli Dalam Akhbar Indonesia: Satu Kajian Terhadap Berita Di Dalam Akhbar Sinar Indonesia Baru Dan Waspadaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: