Kesan Pendekatan Kecerdasan Pelbagai Terhadap Orientasi Kecerdasan, Kemahiran Proses Sains Dan Pencapaian Dalam Topik Tenaga
Loading...
Date
2017-08
Authors
Sanusi, Suzlipah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan kecerdasan pelbagai
terhadap orientasi kecerdasan, kemahiran proses sains dan pencapaian topik tenaga
dalam kalangan murid Tahun Lima. Kajian ini mengaplikasikan kaedah eksperimen
kuasi dengan ‘Reka bentuk Satu Kumpulan Ujian Pra-Ujian Pos’. Sampel kajian
terdiri daripada 64 orang murid tahun lima yang menerima rawatan berbentuk modul
iaitu Modul Kecerdasan Pelbagai (KP). Modul KP yang dibangunkan
membolehkan murid mempelajari topik Tenaga dengan pelbagai jenis
kecerdasan menerusi Model Laluan. Model Laluan ini terdiri daripada lima
peringkat laluan iaitu Laluan Penerokaan, Laluan Penghubung, Laluan Pemahaman,
Laluan Masalah Autentik dan Laluan Pengembangan Bakat. Kesan pendekatan
kecerdasan pelbagai menerusi Modul KP terhadap tiga variabel bersandar iaitu
orientasi kecerdasan, kemahiran proses sains dan pencapaian topik Tenaga diukur
sebanyak tiga kali melalui ujian pra, ujian pos dan ujian pos lanjutan. Data yang
diperolehi menerusi kaedah kuantitatif dianalisis menggunakan teknik ujian statistik
Analysis of Variance (ANOVA) dengan pengukuran berulang dan ujian Multivariate
Analysis of Variance (MANOVA) dengan pengukuran berulang. Dapatan kajian
mendapati pendekatan kecerdasan pelbagai memberi kesan yang signifikan terhadap
peningkatan orientasi kecerdasan, kemahiran proses sains dan pencapaian topik tenaga
dalam kalangan murid Tahun Lima. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
pendekatan kecerdasan pelbagai memberi pengekalan kesan yang positif terhadap
orientasi kecerdasan, kemahiran proses sains dan pencapaian topik Tenaga dalam
kalangan murid Tahun Lima. Dari sudut teori, kajian ini menyumbang dengan
mencadangkan bahawa kecerdasan pelbagai bukan sahaja dapat meningkatkan
pencapaian murid bahkan dapat meningkatkan orientasi kecerdasan itu sendiri apabila
murid diberi ruang dan peluang untuk melakukan aktiviti pembelajaran berasaskan
kecerdasan pelbagai. Dari sudut praktis, penerapan unsur kecerdasan pelbagai
menerusi Modul Kecerdasan Pelbagai (KP) melalui Model Laluan yang
menghubungkan kecerdasan pelbagai (KP) dalam pengajaran dan pembelajaran sains
bertindak sebagai perencah scaffolder terhadap pembelajaran murid.
Description
Keywords
Kesan pendekatan kecerdasan pelbagai terhadap , dan pencapaian topik tenaga dalam kalangan murid Tahun Lima.