Kesan Pendekatan Kecerdasan Pelbagai Terhadap Orientasi Kecerdasan, Kemahiran Proses Sains Dan Pencapaian Dalam Topik Tenaga

dc.contributor.authorSanusi, Suzlipah
dc.date.accessioned2018-01-18T07:09:58Z
dc.date.available2018-01-18T07:09:58Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan kecerdasan pelbagai terhadap orientasi kecerdasan, kemahiran proses sains dan pencapaian topik tenaga dalam kalangan murid Tahun Lima. Kajian ini mengaplikasikan kaedah eksperimen kuasi dengan ‘Reka bentuk Satu Kumpulan Ujian Pra-Ujian Pos’. Sampel kajian terdiri daripada 64 orang murid tahun lima yang menerima rawatan berbentuk modul iaitu Modul Kecerdasan Pelbagai (KP). Modul KP yang dibangunkan membolehkan murid mempelajari topik Tenaga dengan pelbagai jenis kecerdasan menerusi Model Laluan. Model Laluan ini terdiri daripada lima peringkat laluan iaitu Laluan Penerokaan, Laluan Penghubung, Laluan Pemahaman, Laluan Masalah Autentik dan Laluan Pengembangan Bakat. Kesan pendekatan kecerdasan pelbagai menerusi Modul KP terhadap tiga variabel bersandar iaitu orientasi kecerdasan, kemahiran proses sains dan pencapaian topik Tenaga diukur sebanyak tiga kali melalui ujian pra, ujian pos dan ujian pos lanjutan. Data yang diperolehi menerusi kaedah kuantitatif dianalisis menggunakan teknik ujian statistik Analysis of Variance (ANOVA) dengan pengukuran berulang dan ujian Multivariate Analysis of Variance (MANOVA) dengan pengukuran berulang. Dapatan kajian mendapati pendekatan kecerdasan pelbagai memberi kesan yang signifikan terhadap peningkatan orientasi kecerdasan, kemahiran proses sains dan pencapaian topik tenaga dalam kalangan murid Tahun Lima. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pendekatan kecerdasan pelbagai memberi pengekalan kesan yang positif terhadap orientasi kecerdasan, kemahiran proses sains dan pencapaian topik Tenaga dalam kalangan murid Tahun Lima. Dari sudut teori, kajian ini menyumbang dengan mencadangkan bahawa kecerdasan pelbagai bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian murid bahkan dapat meningkatkan orientasi kecerdasan itu sendiri apabila murid diberi ruang dan peluang untuk melakukan aktiviti pembelajaran berasaskan kecerdasan pelbagai. Dari sudut praktis, penerapan unsur kecerdasan pelbagai menerusi Modul Kecerdasan Pelbagai (KP) melalui Model Laluan yang menghubungkan kecerdasan pelbagai (KP) dalam pengajaran dan pembelajaran sains bertindak sebagai perencah scaffolder terhadap pembelajaran murid.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5416
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKesan pendekatan kecerdasan pelbagai terhadapen_US
dc.subjectdan pencapaian topik tenaga dalam kalangan murid Tahun Lima.en_US
dc.titleKesan Pendekatan Kecerdasan Pelbagai Terhadap Orientasi Kecerdasan, Kemahiran Proses Sains Dan Pencapaian Dalam Topik Tenagaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: