Kaedah Naqd Hadith Sebagai Kaedah Penentu Kesahan Data Bagi Penyelidikan Berkaitan Islam
Loading...
Date
2015
Authors
Ismail, Nor Hanani
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kaedah penentu kesahan data yang selari dengan tasawur dan epistemologi Islam
amat diperlukan terutamanya dalam penyelidikan yang berkaitan dengan Islam.
Kaedah penentu kesahan data tersebut mesti mampu menentukan kesahan data dan
berupaya membezakan antara data yang sah dengan data yang tidak sah mengikut
kaca mata Islam. Kaedah naqd Hadith merupakan kaedah yang digunakan oleh
ulama Hadith untuk membezakan antara Hadith yang diterima dengan Hadith yang
ditolak. Berdasarkan keupayaan kaedah ini, ia dilihat boleh digunakan untuk
membezakan data yang mempunyai kesahan atau sebaliknya. Persoalannya, apakah
kaedah-kaedah naqd Hadith yang boleh diguna pakai sebagai kaedah penentu
kesahan data bagi penyelidikan berkaitan Islam dan hal ehwal orang Islam?
Bagaimanakah aspek-aspek dan elemen-elemen kekuatan yang terdapat pada kaedah
naqd Hadith berupaya menentukan kesahan data? Bagaimanakah penggunaan kaedah
naqd Hadith dalam konteks kaedah penentu kesahan data khususnya bagi
penyelidikan berkaitan Islam? Tesis ini cuba menjawab persoalan-persoalan ini
dengan meneliti kaedah naqd Hadith dan elemen-elemen yang bersangkut paut
dengannya dalam konteks kaedah penentu kesahan data khususnya bagi penyelidikan
berkaitan Islam. Secara lebih khusus, kajian ini mempunyai tiga objektif utama.
Pertama, mengenal pasti kaedah naqd Hadith. Kedua, menganalisis kesesuaian
kaedah naqd Hadith sebagai kaedah penentu kesahan data bagi penyelidikan
berkaitan Islam. Ketiga, merumuskan kaedah naqd Hadith sebagai kaedah penentu
kesahan data bagi penyelidikan berkaitan Islam. Kesemua objektif ini dicapai
menerusi kajian kualitatif berbentuk penerokaan. Kajian ini menggunakan kaedah
kepustakaan bagi memperoleh data sekunder berkaitan kaedah naqd Hadith dan
elemen-elemen yang berkaitan naqd Hadith. Kesemua data dianalisis dengan
menggunakan kaedah analisis kandungan bagi memperoleh data-data yang tersurat
berkaitan naqd Hadith. Kemudian data-data berkaitan naqd Hadith itu dianalisis
secara tersirat iaitu dalam konteks kesahan data dengan menggunakan kaedah
analisis tekstual. Kajian ini mendapati lima syarat kesahihan Hadith, lapan kaedah
naqd Hadith dan terdapat 22 bentuk aplikasi kaedah naqd Hadith yang dibincangkan
dan diaplikasikan oleh para ulama. Kaedah naqd Hadith dilihat mempunyai
persamaan dengan kaedah yang dinyatakan dalam al-Qur’an dan Hadith bagi
menentukan kebenaran maklumat atau ilmu. Kajian ini juga menemui 17 indikator
kesahan data yang berasaskan lima syarat kesahihan Hadith. 23 kaedah penentu
kesahan data juga diperoleh berasaskan kaedah naqd Hadith dan enam bentuk
aplikasi kaedah penentu kesahan data yang berasaskan bentuk aplikasi kaedah naqd
Hadith. Penemuan-penemuan ini dapat memberikan panduan kepada para penyelidik
dalam mendapatkan data yang sah atau memastikan kesahan data bagi penyelidikan
berkaitan Islam.
Description
Keywords
Naqd Hadith , Islam