Kaedah Naqd Hadith Sebagai Kaedah Penentu Kesahan Data Bagi Penyelidikan Berkaitan Islam

dc.contributor.authorIsmail, Nor Hanani
dc.date.accessioned2016-10-13T08:44:31Z
dc.date.available2016-10-13T08:44:31Z
dc.date.issued2015
dc.description.abstractKaedah penentu kesahan data yang selari dengan tasawur dan epistemologi Islam amat diperlukan terutamanya dalam penyelidikan yang berkaitan dengan Islam. Kaedah penentu kesahan data tersebut mesti mampu menentukan kesahan data dan berupaya membezakan antara data yang sah dengan data yang tidak sah mengikut kaca mata Islam. Kaedah naqd Hadith merupakan kaedah yang digunakan oleh ulama Hadith untuk membezakan antara Hadith yang diterima dengan Hadith yang ditolak. Berdasarkan keupayaan kaedah ini, ia dilihat boleh digunakan untuk membezakan data yang mempunyai kesahan atau sebaliknya. Persoalannya, apakah kaedah-kaedah naqd Hadith yang boleh diguna pakai sebagai kaedah penentu kesahan data bagi penyelidikan berkaitan Islam dan hal ehwal orang Islam? Bagaimanakah aspek-aspek dan elemen-elemen kekuatan yang terdapat pada kaedah naqd Hadith berupaya menentukan kesahan data? Bagaimanakah penggunaan kaedah naqd Hadith dalam konteks kaedah penentu kesahan data khususnya bagi penyelidikan berkaitan Islam? Tesis ini cuba menjawab persoalan-persoalan ini dengan meneliti kaedah naqd Hadith dan elemen-elemen yang bersangkut paut dengannya dalam konteks kaedah penentu kesahan data khususnya bagi penyelidikan berkaitan Islam. Secara lebih khusus, kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti kaedah naqd Hadith. Kedua, menganalisis kesesuaian kaedah naqd Hadith sebagai kaedah penentu kesahan data bagi penyelidikan berkaitan Islam. Ketiga, merumuskan kaedah naqd Hadith sebagai kaedah penentu kesahan data bagi penyelidikan berkaitan Islam. Kesemua objektif ini dicapai menerusi kajian kualitatif berbentuk penerokaan. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan bagi memperoleh data sekunder berkaitan kaedah naqd Hadith dan elemen-elemen yang berkaitan naqd Hadith. Kesemua data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan bagi memperoleh data-data yang tersurat berkaitan naqd Hadith. Kemudian data-data berkaitan naqd Hadith itu dianalisis secara tersirat iaitu dalam konteks kesahan data dengan menggunakan kaedah analisis tekstual. Kajian ini mendapati lima syarat kesahihan Hadith, lapan kaedah naqd Hadith dan terdapat 22 bentuk aplikasi kaedah naqd Hadith yang dibincangkan dan diaplikasikan oleh para ulama. Kaedah naqd Hadith dilihat mempunyai persamaan dengan kaedah yang dinyatakan dalam al-Qur’an dan Hadith bagi menentukan kebenaran maklumat atau ilmu. Kajian ini juga menemui 17 indikator kesahan data yang berasaskan lima syarat kesahihan Hadith. 23 kaedah penentu kesahan data juga diperoleh berasaskan kaedah naqd Hadith dan enam bentuk aplikasi kaedah penentu kesahan data yang berasaskan bentuk aplikasi kaedah naqd Hadith. Penemuan-penemuan ini dapat memberikan panduan kepada para penyelidik dalam mendapatkan data yang sah atau memastikan kesahan data bagi penyelidikan berkaitan Islam.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2739
dc.subjectNaqd Hadithen_US
dc.subjectIslamen_US
dc.titleKaedah Naqd Hadith Sebagai Kaedah Penentu Kesahan Data Bagi Penyelidikan Berkaitan Islamen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: