Canta Ritual Karo Di Sumatera Utara Mengikut Adat Enggeluh (Peraturan Kehidupan)

Loading...
Thumbnail Image
Date
2018-03
Authors
Tarigan, Kumalo
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini menganalisis fungsi, ciri-ciri stail, struktur dan kandungan pertuturan dan canta ritual pada tiga jenis upacara dalam masyarakat Karo. Pertuturan dan canta ritual disampaikan dalam upacara erdemu bayu (majlis perkahwinan) dan cawir metua (pengebumian). Pertuturan dalam majlis perkahwinan dan pengebumian adalah untuk menyelesaikan adat enggeluh (aturan menjalani kehidupan) mengikut budaya Karo. Selepas menyampaikan pertuturan dipersembahkan pula canta ritual pemasu-masun (mohon berkat). Khas dalam majlis perkahwinan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang tidak ada hubungan kekeluargaan persembahan didong doah (rasa haru dalam majlis perkahwinan) diadakan. Upacara penyucian diri (erpangir ku lau) hanya mempersembahkan canta ritual mangmang (minta izin dan menyeru) dan enjujungken mayang (mantera perubatan). Fungsi canta ritual dalam majlis perkahwinan dan pengebumian untuk membaiki sebarang kekurangan daripada pertuturan. Fungsi canta ritual dalam upacara penyucian diri adalah untuk membantu guru (bomoh) untuk menjalankan upacara dan memberikan kekuatan ghaib pada benda-benda tertentu untuk menjadi ubat. Pertuturan yang terdiri daripada struktur pembukaan, kandungan, dan penutup disampaikan dalam bahasa harian masyarakat Karo. Pada canta ritual unsur senikata lebih penting daripada unsur melodi. Dalam senikata terdapat kandungan yang berguna bagi memenuhi keperluan adat dan kepercayaan. Canta ritual terlalu penting dalam adat enggeluh (peraturan kehidupan) Karo kerana mempunyai kelebihan sebagai alat komunikasi lisan yang tidak boleh diucapkan hanya dengan kata-kata.
Description
Keywords
Canta ritual pada tiga jenis upacara , dalam masyarakat Karo
Citation