Canta Ritual Karo Di Sumatera Utara Mengikut Adat Enggeluh (Peraturan Kehidupan)

dc.contributor.authorTarigan, Kumalo
dc.date.accessioned2019-03-01T07:16:29Z
dc.date.available2019-03-01T07:16:29Z
dc.date.issued2018-03
dc.description.abstractTesis ini menganalisis fungsi, ciri-ciri stail, struktur dan kandungan pertuturan dan canta ritual pada tiga jenis upacara dalam masyarakat Karo. Pertuturan dan canta ritual disampaikan dalam upacara erdemu bayu (majlis perkahwinan) dan cawir metua (pengebumian). Pertuturan dalam majlis perkahwinan dan pengebumian adalah untuk menyelesaikan adat enggeluh (aturan menjalani kehidupan) mengikut budaya Karo. Selepas menyampaikan pertuturan dipersembahkan pula canta ritual pemasu-masun (mohon berkat). Khas dalam majlis perkahwinan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang tidak ada hubungan kekeluargaan persembahan didong doah (rasa haru dalam majlis perkahwinan) diadakan. Upacara penyucian diri (erpangir ku lau) hanya mempersembahkan canta ritual mangmang (minta izin dan menyeru) dan enjujungken mayang (mantera perubatan). Fungsi canta ritual dalam majlis perkahwinan dan pengebumian untuk membaiki sebarang kekurangan daripada pertuturan. Fungsi canta ritual dalam upacara penyucian diri adalah untuk membantu guru (bomoh) untuk menjalankan upacara dan memberikan kekuatan ghaib pada benda-benda tertentu untuk menjadi ubat. Pertuturan yang terdiri daripada struktur pembukaan, kandungan, dan penutup disampaikan dalam bahasa harian masyarakat Karo. Pada canta ritual unsur senikata lebih penting daripada unsur melodi. Dalam senikata terdapat kandungan yang berguna bagi memenuhi keperluan adat dan kepercayaan. Canta ritual terlalu penting dalam adat enggeluh (peraturan kehidupan) Karo kerana mempunyai kelebihan sebagai alat komunikasi lisan yang tidak boleh diucapkan hanya dengan kata-kata.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7797
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectCanta ritual pada tiga jenis upacaraen_US
dc.subjectdalam masyarakat Karoen_US
dc.titleCanta Ritual Karo Di Sumatera Utara Mengikut Adat Enggeluh (Peraturan Kehidupan)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: