Pengaruh Sikap, Norma Subjektif, Tanggapan Kawalan Tingkah Laku Dan Penglibatan Murid Dalam Kokurikulum Sukan Berstruktur Terhadap Pengalaman Perkembangan Remaja

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-08
Authors
Moidu, Abdul Rahman
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku terhadap penglibatan murid tingkatan dua dalam kokurikulum sukan di sekolah menengah dan menjelaskan hubungan penglibatan dengan pengalaman perkembangan remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dengan bersandarkan reka bentuk kajian deskriptif. Persampelan adalah berdasarkan dua kaedah, persampelan rawak mudah dan persampelan bertujuan manakala data dikumpul menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 778 orang murid-murid tingkatan dua dari sekolah menengah dalam negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis. Pelbagai analisis seperti ujian-t, korelasi Pearson, regresi berganda dan regresi berganda berhierarki digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Kajian ini mendapati sukan individu dan sukan berpasukan memberi kesan positif kepada pengalaman perkembangan remaja. Namun begitu, sukan berpasukan pula didapati memberi kesan kepada pengalaman negatif. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid-murid yang terlibat dalam sukan di pusat latihan daerah dan sekolah sukan negeri memperoleh hasil pengalaman perkembangan positif dan negatif yang lebih tinggi berbanding murid-murid di sekolah harian. Faktor sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku memberi kesan positif terhadap terhadap pengalaman perkembangan remaja. Kajian juga mendapati penglibatan dalam kokurikulum sukan menjadi mediator kepada faktor sikap, norma subjektif (guru dan rakan) dan tanggapan kawalan tingkah laku dan pengalaman perkembangan remaja. Hasil kajian ini menyediakan bukti empirikal untuk menyokong teori-teori yang terlibat dalam kajian. Kesimpulannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa faktor sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku mempengaruhi penglibatan remaja dalam kokurikulum sukan dan seterusnya, akan mempengaruhi pencapaian pengalaman perkembangan remaja yang positif. Hasil kajian ini mencadangkan agar program-progam sukan disekolah dirancang secara efektif ke arah meningkatkan penglibatan yang lebih konsisten.
Description
Keywords
Pengaruh faktor sikap, norma subjektif , terhadap penglibatan murid dalam kokurikulum sukan
Citation