Pengaruh Sikap, Norma Subjektif, Tanggapan Kawalan Tingkah Laku Dan Penglibatan Murid Dalam Kokurikulum Sukan Berstruktur Terhadap Pengalaman Perkembangan Remaja

dc.contributor.authorMoidu, Abdul Rahman
dc.date.accessioned2018-01-24T01:05:51Z
dc.date.available2018-01-24T01:05:51Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku terhadap penglibatan murid tingkatan dua dalam kokurikulum sukan di sekolah menengah dan menjelaskan hubungan penglibatan dengan pengalaman perkembangan remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dengan bersandarkan reka bentuk kajian deskriptif. Persampelan adalah berdasarkan dua kaedah, persampelan rawak mudah dan persampelan bertujuan manakala data dikumpul menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 778 orang murid-murid tingkatan dua dari sekolah menengah dalam negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis. Pelbagai analisis seperti ujian-t, korelasi Pearson, regresi berganda dan regresi berganda berhierarki digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Kajian ini mendapati sukan individu dan sukan berpasukan memberi kesan positif kepada pengalaman perkembangan remaja. Namun begitu, sukan berpasukan pula didapati memberi kesan kepada pengalaman negatif. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid-murid yang terlibat dalam sukan di pusat latihan daerah dan sekolah sukan negeri memperoleh hasil pengalaman perkembangan positif dan negatif yang lebih tinggi berbanding murid-murid di sekolah harian. Faktor sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku memberi kesan positif terhadap terhadap pengalaman perkembangan remaja. Kajian juga mendapati penglibatan dalam kokurikulum sukan menjadi mediator kepada faktor sikap, norma subjektif (guru dan rakan) dan tanggapan kawalan tingkah laku dan pengalaman perkembangan remaja. Hasil kajian ini menyediakan bukti empirikal untuk menyokong teori-teori yang terlibat dalam kajian. Kesimpulannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa faktor sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku mempengaruhi penglibatan remaja dalam kokurikulum sukan dan seterusnya, akan mempengaruhi pencapaian pengalaman perkembangan remaja yang positif. Hasil kajian ini mencadangkan agar program-progam sukan disekolah dirancang secara efektif ke arah meningkatkan penglibatan yang lebih konsisten.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5450
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPengaruh faktor sikap, norma subjektifen_US
dc.subjectterhadap penglibatan murid dalam kokurikulum sukanen_US
dc.titlePengaruh Sikap, Norma Subjektif, Tanggapan Kawalan Tingkah Laku Dan Penglibatan Murid Dalam Kokurikulum Sukan Berstruktur Terhadap Pengalaman Perkembangan Remajaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: