Reka Bentuk Dan Pembangunan Portal E-IMLMS Serta Penerimaan Oleh Guru Penyelaras Makmal

Loading...
Thumbnail Image
Date
2012-06
Authors
Hashim, Munira
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini meneroka isu dan permasalahan yang dihadapi oleh Guru Penyelaras Makmal (GPM) di sekolah dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melengkapkan golongan pelajar dengan ilmu ICT. Kajian ini dijalankan melalui cara pemerhatian, senarai semak dan temuduga. Setelah isu sebenar dikenalpasti, satu portal yang dikenali sebagai e-IMLMS (Electronic Integrated Multimedia Lab Management System) dibangunkan untuk kegunaan GPM sebagai sumber rujukan dan panduan dalam pengurusan makmal multimedia sekolah. Kajian seterusnya mengkaji keberkesanan reka bentuk melalui penerimaan portal e-IMLMS. Elemen motivasi terhadap penggunaan portal turut dikaji dalam kajian ini. Reka bentuk portal e-IMLMS adalah hasil gabungan kaitan beberapa model dan teori iaitu Model Pengurusan Greer (1992), Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky (2000) dan Teori Pembelajaran Golongan Dewasa Knowles (1980). Model Pembangunan Alessi & Trollip (2001) pula digunakan dalam fasa pembangunan portal e-IMLMS. Metodologi yang digunakan adalah berbentuk kajian diskriptif secara soal selidik dimana dua jenis instrumen telah digunakan. Instrumen pertama digunakan untuk mengukur penerimaan portal ini oleh GPM terhadap teknologi yang digunakan menurut elemen dan kehendak-kehendak daripada Model Penerimaan Teknologi. Instrumen kedua mengkaji motivasi tanggapan dengan menggunakan skala dari IMMS oleh Model Motivasi Keller.
Description
Keywords
Pembangunan portal E-IMLMS serta penerimaan , oleh guru penyelaras makmal
Citation