Praktis Rawatan Buprenoprhine/Naloxone Di Malaysia: Kajian Dalam Kalangan Doktor Swasta Dan Pesakit
dc.contributor.author | Md Dazali, Mohammad Nazri | |
dc.date.accessioned | 2017-02-02T07:35:56Z | |
dc.date.available | 2017-02-02T07:35:56Z | |
dc.date.issued | 2016-07 | |
dc.description.abstract | Buprenoprhine/Naloxone (BNX) merupakan sejenis ubat yang digunakan bagi merawat masalah kebergantungan dadah jenis opioid. Sejak rawatan ini diperkenalkan pada tahun 2006, tiada kajian dibuat bagi mengenalpasti praktis rawatan BNX yang diberikan oleh doktor swasta. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pesakit dan doktor swasta yang memberikan rawatan BNX, mengenalpasti praktis rawatan BNX dan mengenalpasti halangan yang dihadapi pesakit dalam menjalani rawatan. Sejumlah 253 orang pesakit dan 88 orang doktor swasta dari Semenanjung Malaysia telah mengambil bahagian dalam kajian ini yang dilakukan secara kaedah keratan rentas dengan menggunakan borang soal selidik. Majoriti pesakit (92%) berpuashati dengan keberkesanan BNX, dengan 79% mengambil dos harian BNX pada dos 2 mg ke bawah. Walaupun begitu, 55.2% pesakit masih mengambil dadah terlarang lain. Kajian juga mendapati 65% pesakit tidak pernah menjalani sesi khidmat nasihat dengan doktor bagi mendapatkan maklumat berkaitan rawatan mereka, 92% pernah mengambil BNX melalui cara administrasi lain selain subligual dan 78% pesakit mengaku mengambil dos BNX mereka beberapa kali sehari. Dalam kalangan doktor swasta pula, hanya 2.3% dalam bidang rawatan kebergantungan dadah dan majoriti (81.8%) dalam bidang general practitioner. Kajian juga mendapati 1) kurangnya latihan (78.4%) 2) kurangnya penggunaan bahan rujukan yang bersesuaian dengan rawatan BNX (10.3%), dan 3) kurangnya rawatan psikososial diberikan (14% ke 33%). Kajian juga mendapati praktis rawatan doktor swasta tidak memuaskan seperti praktis 1) tiada pemeriksaan ujian urin dadah (27%), 2) tiada pemeriksaan tanda suntikan (28%), 3) tiada pendosan secara supervised-dosing (17%), dan 4) tiada sesi kaunseling dengan pesakit (35%). BNX juga disalahgunakan secara doctor-shopping (80%), menjual atau berkongsi dos BNX (79%), pengambilan BNX bersama benzodiazepine (10%), menyuntik BNX (57%) dan doktor mempreskrib BNX secara berlebihan (27.3%). Penyelewengan Program Methadone Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga adalah tinggi; 67% doktor swasta dan 86.2% pesakit sedar tentang hal ini. Halangan utama bagi pesakit (64.4%) semasa menjalani rawatan BNX adalah kos rawatan BNX yang tinggi. Kesimpulannya, praktis rawatan BNX oleh doktor swasta di Malaysia adalah tidak memuaskan dan kerajaan perlu menetapkan polisi khas untuk meningkatkan kualiti rawatan BNX. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/3652 | |
dc.subject | Mengenalpasti masalah yang dihadapi pesakit dan doktor swasta | en_US |
dc.subject | yang memberikan rawatan Buprenoprhine/Naloxone. | en_US |
dc.title | Praktis Rawatan Buprenoprhine/Naloxone Di Malaysia: Kajian Dalam Kalangan Doktor Swasta Dan Pesakit | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: