Faktor Dalaman Sekolah Dan Komitmen Guru Terhadap Organisasi: Pengaruh Pengantara Kualiti Kehidupan Kerja Guru Di SBT Dan SBBT
dc.contributor.author | Tan, Lay Koon | |
dc.date.accessioned | 2019-01-14T07:45:56Z | |
dc.date.available | 2019-01-14T07:45:56Z | |
dc.date.issued | 2018-01 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pengantara kualiti kehidupan kerja guru terhadap hubungan antara faktor dalaman sekolah dengan komitmen guru terhadap organisasi. Secara khususnya, kajian ini meninjau (i) pengaruh kategori sekolah terhadap faktor dalaman sekolah, kualiti kehidupan kerja guru, dan komitmen guru terhadap organisasi, (ii) hubungan antara faktor dalaman sekolah, kualiti kehidupan kerja, dan komitmen guru terhadap organisasi, (iii) pengaruh kualiti kehidupan kerja guru sebagai pengantara terhadap hubungan antara faktor dalaman sekolah dengan komitmen guru terhadap organisasi berdasarkan kategori sekolah, dan (iv) bagaimana faktor dalaman sekolah mempengaruhi kualiti kehidupan kerja guru dan komitmen guru terhadap organisasi. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik dan temu bual. Seramai 360 orang guru dari zon utara Semenanjung Malaysia melibatkan diri dalam kajian kuantitatif, iaitu seramai 180 orang guru dari SBT dan 180 orang lagi dari SBBT. Seramai empat orang guru terlibat dalam temu bual semi struktur untuk meninjau bagaimana faktor dalaman sekolah mempengaruhi kualiti kehidupan kerja guru dan komitmen guru terhadap organisasi. Soal selidik yang digunakan mengandungi empat bahagian iaitu maklumat demografi responden, Faktor Dalaman Sekolah, Kualiti Kehidupan Kerja Guru, dan Komitmen Guru Terhadap Organisasi. Secara keseluruhannya, keputusan Ujian-t sampel bebas menunjukkan guru SBT mempunyai faktor dalaman sekolah, kualiti kehidupan kerja guru, dan komitmen guru terhadap organisasi yang lebih baik secara signifikan berbanding dengan guru SBBT. Keputusan analisis path menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor dalaman sekolah dengan kualiti kehidupan kerja guru dan komitmen guru terhadap organisasi. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/7563 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Hubungan antara faktor dalaman sekolah dengan | en_US |
dc.subject | komitmen guru terhadap organisasi | en_US |
dc.title | Faktor Dalaman Sekolah Dan Komitmen Guru Terhadap Organisasi: Pengaruh Pengantara Kualiti Kehidupan Kerja Guru Di SBT Dan SBBT | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: