Persepsi Dan Amalalan Budaya Keselamatan Di Dalam Industri Pembinaan
Loading...
Date
2010-08
Authors
Tukiman, Idayati
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Industri pembinaan didapati mempunyai kadar kemalangan yang tinggi. Ini berpunca
dari amalan budaya keselamatan di dalam sesebuah organisasi tersebut. Kajian ini telah
dijalankan bagi mengenalpasti tahap pemahaman budaya keselamatan responden,
mengenalpasti dimensi-dimensi budaya keselamatan yang mempengaruhi tahap
keselamatan di dalam sesebuah firma pembinaan, serta mengenalpasti punca
kemalangan samada oleh pihak pekerja atau pihak pengurusan. Kajian ini telah
menggunakan model Kembalikan oleh Bandura. Soalseldik mengandungi 38 soalan
telah diguna untuk mendapatkan persepsi responden terhadap 5 dimensi budaya
keselamatan, Pengurusan, Sistem Keselamatan, Risiko, Tekanan Kerja dan Kompetensi.
250 set borang soalselidik telah diedarkan di 23 buah firma pembinaan di negeri Pulau
Pinang, Perak dan Kedah. Data-data yang diperolehi di analisis secara min dan
peratusan menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis min yang dijalankan mendapati,
reponden kajian mempunyai tahap pemahaman terhadap budaya keselamatan yang baik.
Analisis peratusan pula, menunjukkan dimensi yang paling mempengaruhi budaya
keselamatan adalah Risiko dengan jumlah skor yang tinggi iaitu 81. 7%, Sistem
Keselamatan 72.5%, Pengurusan 71.5%, Tekanan ]j;.erja 68.9% dan Kompetensi 61.9%.
Berdasarkan kepada nilai peratusan dimensi risiko yang tinggi, disimpulkan bahawa
punca kemalangan di dalam sesebuah organisasi adalah berpunca dari pihak pekerja. Di
akhir kajian ini, penyelidik mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan terhadap
elemen-elemen penting di dalam sesuatu dimensi budaya keselamatan supaya kaedah
bersesuaian dapat ditentukan bagi memperbaiki tahap keselamatan di dalam sesebuah
firma. Selain itu, penyelidik turut mencadangkan agar satu kajian dijalankan di antara
firma berkadar kemalangan tinggi dan rendah, supaya firma berkadar kemalangan tinggi
dapat mencontohi amalan-amalan budaya kesealamatan di dalam firma berkadar
kemalangan rendah dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan di dalam firma mereka.
Description
Keywords
Amalan budaya keselamatan di dalam , sesebuah organisasi.