Persepsi Dan Amalalan Budaya Keselamatan Di Dalam Industri Pembinaan

dc.contributor.authorTukiman, Idayati
dc.date.accessioned2017-02-16T07:52:04Z
dc.date.available2017-02-16T07:52:04Z
dc.date.issued2010-08
dc.description.abstractIndustri pembinaan didapati mempunyai kadar kemalangan yang tinggi. Ini berpunca dari amalan budaya keselamatan di dalam sesebuah organisasi tersebut. Kajian ini telah dijalankan bagi mengenalpasti tahap pemahaman budaya keselamatan responden, mengenalpasti dimensi-dimensi budaya keselamatan yang mempengaruhi tahap keselamatan di dalam sesebuah firma pembinaan, serta mengenalpasti punca kemalangan samada oleh pihak pekerja atau pihak pengurusan. Kajian ini telah menggunakan model Kembalikan oleh Bandura. Soalseldik mengandungi 38 soalan telah diguna untuk mendapatkan persepsi responden terhadap 5 dimensi budaya keselamatan, Pengurusan, Sistem Keselamatan, Risiko, Tekanan Kerja dan Kompetensi. 250 set borang soalselidik telah diedarkan di 23 buah firma pembinaan di negeri Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Data-data yang diperolehi di analisis secara min dan peratusan menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis min yang dijalankan mendapati, reponden kajian mempunyai tahap pemahaman terhadap budaya keselamatan yang baik. Analisis peratusan pula, menunjukkan dimensi yang paling mempengaruhi budaya keselamatan adalah Risiko dengan jumlah skor yang tinggi iaitu 81. 7%, Sistem Keselamatan 72.5%, Pengurusan 71.5%, Tekanan ]j;.erja 68.9% dan Kompetensi 61.9%. Berdasarkan kepada nilai peratusan dimensi risiko yang tinggi, disimpulkan bahawa punca kemalangan di dalam sesebuah organisasi adalah berpunca dari pihak pekerja. Di akhir kajian ini, penyelidik mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan terhadap elemen-elemen penting di dalam sesuatu dimensi budaya keselamatan supaya kaedah bersesuaian dapat ditentukan bagi memperbaiki tahap keselamatan di dalam sesebuah firma. Selain itu, penyelidik turut mencadangkan agar satu kajian dijalankan di antara firma berkadar kemalangan tinggi dan rendah, supaya firma berkadar kemalangan tinggi dapat mencontohi amalan-amalan budaya kesealamatan di dalam firma berkadar kemalangan rendah dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan di dalam firma mereka.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3743
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectAmalan budaya keselamatan di dalamen_US
dc.subjectsesebuah organisasi.en_US
dc.titlePersepsi Dan Amalalan Budaya Keselamatan Di Dalam Industri Pembinaanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: