Amalan Modal Insan Dan Prestasi Kerja: Kajian Kes Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
Loading...
Date
2018-07
Authors
Jafri, Roziyana
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Amalan modal insan adalah suatu pendekatan yang digunakan oleh
sesebuah organisasi untuk menguruskan kakitangan dengan cekap dan
berkesan. Dalam konteks perkhidmatan awam, amalan modal insan yang
dipraktikkan mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pihak awam.
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk
mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan amalan modal insan dalam
perkhidmatan awam. Namun, perkhidmatan awam masa kini terpaksa berdepan
dengan pelbagai cabaran dan perubahan yang memberi kesan terhadap prestasi
kakitangan. Kajian ini meninjau tahap prestasi kerja dan sejauh mana amalan modal
insan yang merangkumi faktor organisasi, individu dan ciri kerja mempengaruhi
prestasi kerja kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kajian ini
menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif yang
melibatkan dua instrumen kajian iaitu borang soal selidik dan temu bual di mana
dapatan statistik turut disokong dengan dapatan temu bual. Seramai 340 orang
kakitangan MBPP dipilih sebagai responden soal selidik. Manakala seramai 25 orang
informan dipilih untuk menjalankan temu bual yang terdiri daripada 7 orang wakil
pihak pengurusan dan 18 orang kakitangan. Dapatan kajian menunjukkan
persepsi kakitangan terhadap faktor organisasi, individu dan ciri kerja
dalam mempengaruhi prestasi kerja mereka secara keseluruhannya adalah sederhana
positif. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan positif di antara pemboleh ubah faktor organisasi, individu, ciri kerja
dengan prestasi kerja. Selain itu, analisis perbezaan pemboleh ubah latar jantina,
umur, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan menunjukkan antara
keempat-empat pemboleh ubah ini, tahap pendidikan menunjukkan perbezaan
secara signifikan yang paling ketara terhadap faktor-faktor pendorong
yang mempengaruhi prestasi kerja.
Description
Keywords
Amalan modal insan adalah suatu pendekatan , menguruskan kakitangan dengan cekap dan berkesan