Amalan Modal Insan Dan Prestasi Kerja: Kajian Kes Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

dc.contributor.authorJafri, Roziyana
dc.date.accessioned2019-03-05T07:05:34Z
dc.date.available2019-03-05T07:05:34Z
dc.date.issued2018-07
dc.description.abstractAmalan modal insan adalah suatu pendekatan yang digunakan oleh sesebuah organisasi untuk menguruskan kakitangan dengan cekap dan berkesan. Dalam konteks perkhidmatan awam, amalan modal insan yang dipraktikkan mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pihak awam. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan amalan modal insan dalam perkhidmatan awam. Namun, perkhidmatan awam masa kini terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan perubahan yang memberi kesan terhadap prestasi kakitangan. Kajian ini meninjau tahap prestasi kerja dan sejauh mana amalan modal insan yang merangkumi faktor organisasi, individu dan ciri kerja mempengaruhi prestasi kerja kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan dua instrumen kajian iaitu borang soal selidik dan temu bual di mana dapatan statistik turut disokong dengan dapatan temu bual. Seramai 340 orang kakitangan MBPP dipilih sebagai responden soal selidik. Manakala seramai 25 orang informan dipilih untuk menjalankan temu bual yang terdiri daripada 7 orang wakil pihak pengurusan dan 18 orang kakitangan. Dapatan kajian menunjukkan persepsi kakitangan terhadap faktor organisasi, individu dan ciri kerja dalam mempengaruhi prestasi kerja mereka secara keseluruhannya adalah sederhana positif. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan positif di antara pemboleh ubah faktor organisasi, individu, ciri kerja dengan prestasi kerja. Selain itu, analisis perbezaan pemboleh ubah latar jantina, umur, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan menunjukkan antara keempat-empat pemboleh ubah ini, tahap pendidikan menunjukkan perbezaan secara signifikan yang paling ketara terhadap faktor-faktor pendorong yang mempengaruhi prestasi kerja.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7827
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectAmalan modal insan adalah suatu pendekatanen_US
dc.subjectmenguruskan kakitangan dengan cekap dan berkesanen_US
dc.titleAmalan Modal Insan Dan Prestasi Kerja: Kajian Kes Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: