Komponen Varians Interaksi Pelajar Dengan Soalan Dan Kesan Terhadap Kebolehpercayaan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-09
Authors
Tan, Yih Tyng
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Dalam bidang pendidikan, varians interaksi pelajar dengan item merupakan kesan yang terbaur dalam ralat kerana item ujian hanya diuji sekali dan tidak akan diulangi terhadap kumpulan pelajar yang sama. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengasingkan kesan interaksi pelajar dengan item daripada unsur ralat. Kesan interaksi pelajar dengan item ini dikaji sama ada ia mempunyai pengaruh terhadap pekali kebolehpercayaan. Teori kebolehitlakan atau dikenali sebagai teori G digunakan dalam kajian ini. Teori G menyediakan dua kajian iaitu kajian kebolehitlakan (kajian G) dan kajian keputusan (kajian D). Kajian G adalah penganggaran komponen varians bagi ujian yang sedia ada kemudian indeks kebolehpercayaan dihitung berdasarkan komponen-komponen varians tersebut. Indeks kebolehpercayaan dalam teori G dikenali sebagai pekali kebolehitlakan, 2  . Pengasingan interaksi pelajar dengan item dari ralat dilakukan berdasarkan kepada empat model yang berasingan. Model yang pertama (kajian G I) ialah reka bentuk faset tunggal bersilang iaitu pelajar bersilangan dengan item (p×i). Kemudian fasetfaset tambahan ditambahkan ke dalam model kedua (kajian G II) iaitu reka bentuk dua faset bersilang pelajar (p)×item (i)×masa (o). Model yang ketiga (kajian G III) adalah analogi kepada reka bentuk tersarang bagi model pertama yang mana item tersarang dalam taksonomi (t), reka bentuk p×i menjadi p×i:t. Hal ini disebabkan oleh tahap taksonomi dalam domain kognitif merupakan kesan tetap dan tahap taksonomi ini adalah rujukan kepada para pendidik semasa penyediaan soalan atau item ujian. Item merupakan kesan rawak dan item ini adalah tersarang di dalam taksonomi. Dalam keadaan seperti ini, kesan taksonomi ke atas pekali kebolehitlakan turut dikaji. Model yang keempat juga adalah analogi kepada reka bentuk tersarang bagi model kedua, yang mana reka bentuk p×i×o menjadi p×i:t×o. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesan taksonomi tidak wujud di dalam keempat-empat model tersebut. Hanya model kedua (kajian G II) yang menunjukkan kesan interaksi pelajar dengan item tetapi kesan ini tidak ketara. Ujian Tukey satu-darjah-kebebasan bagi sifat ketidaktambahan dijalankan ke atas kajian G II bagi tujuan penyemakan keputusan tersebut. Tambahan pula, plot interaksi yang merupakan kaedah penyemakan juga dibina. Kedua-dua ujian penyemakan menunjukkan bahawa kesan interaksi pelajar dengan item adalah wujud tetapi dianggap tidak bererti kerana kesan saling tindaknya adalah lemah.
Description
Keywords
Mengasingkan kesan interaksi pelajar dengan , item daripada unsur ralat.
Citation