Komponen Varians Interaksi Pelajar Dengan Soalan Dan Kesan Terhadap Kebolehpercayaan

dc.contributor.authorTan, Yih Tyng
dc.date.accessioned2017-01-19T06:25:18Z
dc.date.available2017-01-19T06:25:18Z
dc.date.issued2016-09
dc.description.abstractDalam bidang pendidikan, varians interaksi pelajar dengan item merupakan kesan yang terbaur dalam ralat kerana item ujian hanya diuji sekali dan tidak akan diulangi terhadap kumpulan pelajar yang sama. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengasingkan kesan interaksi pelajar dengan item daripada unsur ralat. Kesan interaksi pelajar dengan item ini dikaji sama ada ia mempunyai pengaruh terhadap pekali kebolehpercayaan. Teori kebolehitlakan atau dikenali sebagai teori G digunakan dalam kajian ini. Teori G menyediakan dua kajian iaitu kajian kebolehitlakan (kajian G) dan kajian keputusan (kajian D). Kajian G adalah penganggaran komponen varians bagi ujian yang sedia ada kemudian indeks kebolehpercayaan dihitung berdasarkan komponen-komponen varians tersebut. Indeks kebolehpercayaan dalam teori G dikenali sebagai pekali kebolehitlakan, 2  . Pengasingan interaksi pelajar dengan item dari ralat dilakukan berdasarkan kepada empat model yang berasingan. Model yang pertama (kajian G I) ialah reka bentuk faset tunggal bersilang iaitu pelajar bersilangan dengan item (p×i). Kemudian fasetfaset tambahan ditambahkan ke dalam model kedua (kajian G II) iaitu reka bentuk dua faset bersilang pelajar (p)×item (i)×masa (o). Model yang ketiga (kajian G III) adalah analogi kepada reka bentuk tersarang bagi model pertama yang mana item tersarang dalam taksonomi (t), reka bentuk p×i menjadi p×i:t. Hal ini disebabkan oleh tahap taksonomi dalam domain kognitif merupakan kesan tetap dan tahap taksonomi ini adalah rujukan kepada para pendidik semasa penyediaan soalan atau item ujian. Item merupakan kesan rawak dan item ini adalah tersarang di dalam taksonomi. Dalam keadaan seperti ini, kesan taksonomi ke atas pekali kebolehitlakan turut dikaji. Model yang keempat juga adalah analogi kepada reka bentuk tersarang bagi model kedua, yang mana reka bentuk p×i×o menjadi p×i:t×o. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesan taksonomi tidak wujud di dalam keempat-empat model tersebut. Hanya model kedua (kajian G II) yang menunjukkan kesan interaksi pelajar dengan item tetapi kesan ini tidak ketara. Ujian Tukey satu-darjah-kebebasan bagi sifat ketidaktambahan dijalankan ke atas kajian G II bagi tujuan penyemakan keputusan tersebut. Tambahan pula, plot interaksi yang merupakan kaedah penyemakan juga dibina. Kedua-dua ujian penyemakan menunjukkan bahawa kesan interaksi pelajar dengan item adalah wujud tetapi dianggap tidak bererti kerana kesan saling tindaknya adalah lemah.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3503
dc.subjectMengasingkan kesan interaksi pelajar denganen_US
dc.subjectitem daripada unsur ralat.en_US
dc.titleKomponen Varians Interaksi Pelajar Dengan Soalan Dan Kesan Terhadap Kebolehpercayaanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: