Ketidakseimbangan Fiskal Mendatar : Kesan Proses Dan Agihan Pemberian

dc.contributor.authorAbd Razak, Zauyah
dc.date.accessioned2019-06-28T08:02:25Z
dc.date.available2019-06-28T08:02:25Z
dc.date.issued2012-07
dc.description.abstractKajian ini ialah kajian kes kualitatif bertujuan menjawab salah satu daripada persoalan dalam bidang federalisme fiskal iaitu mengapa jumlah pemberian yang diagihkan gagal merapatkan jurang ketidakseimbangan fiskal mendatar (ketidakseimbangan fiskal antara negeri). Empat buah negeri di utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak telah dipilih sebagai kes kajian. Kajian ini menemui empat dapatan utama. Pertama, proses menentukan jumlah pemberian yang diagihkan kepada negeri-negeri bersifat rigid dan bertujuan untuk mencapai pelbagai matlamat dasar pemberian dan matlamat dasar negara Persekutuan; prosesnya tidak bertujuan untuk merapatkan jurang ketidakseimbangan fiskal mendatar. Kedua, kaedah agihan pemberian yang diamalkan bersifat amat telus, fleksibel dan amat berkesan tetapi terlalu stabil. Ketiga, kemampuan fiskal antara negeri di utara Semenanjung amat tidak seimbang. Keempat, bidang kuasa kewangan negeri-negeri di utara Semenanjung dalam melaksanakan peranan kewangan adalah terlalu terhad. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan jumlah pemberian yang ditentukan melalui proses dan diagihkan melalui kaedah yang diamalkan hanya berjaya merapatkan jurang ketidakseimbangan fiskal di kalangan negeri yang kaya dan yang membangun sahaja iaitu Perak dan Pulau Pinang. Di kalangan negeri yang miskin iaitu Kedah dan Perlis, jumlah yang ditentukan dan agihannya hanya mampu mengurangkan jurang ketidakseimbangan fiskal. Kajian ini telah mengisi jurang kekurangan kajian yang dilaksanakan di Malaysia terhadap persoalan federalisme fiskal dan kekosongan analisis terhadap persoalan ketidakseimbangan fiskal mendatar daripada perspektif proses pembuatan keputusan operasi.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8438
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKetidakseimbangan fiskal mendataren_US
dc.subjectproses dan agihan pemberianen_US
dc.titleKetidakseimbangan Fiskal Mendatar : Kesan Proses Dan Agihan Pemberianen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: