Kesan Kaedah Koperatif Bersama Persekitaran Pembelajaran Atas Talian Asinkroni Terhadap Kemahiran Penaakulan Saintifik, Prestasi Pembelajaran Dan Penglibatan Pelajar

dc.contributor.authorHuda, Ismul
dc.date.accessioned2017-01-27T07:50:47Z
dc.date.available2017-01-27T07:50:47Z
dc.date.issued2016-03
dc.description.abstractPenyelidikan ini mengkaji kesan-kesan kaedah koperatif bersama persekitaran pembelajaran atas talian asinkroni terhadap kemahiran penaakulan saintifik, penguasaan isi pelajaran dan penglibatan konstruktivis pelajar universiti tahun pertama dalam Biologi yang sedia diajar secara blended learning. Kajian ini menggunakan reka bentuk faktorial 2 x 2 dengan ujian pasca. Faktor pertama ialah kaedah pengajaran, iaitu, blended learning bersama teknik jigsaw atas talian asinkroni dan blended learning bersama teknik pembelajaran individu atas talian, manakala faktor kedua ialah pencapaian pelajar, iaitu, tinggi dan rendah berdasarkan skor Ujian Kebangsaan Indonesia. Pemboleh ubah bersandar terdiri dari tiga elemen, iaitu kemahiran pemikiran saintifik di dalam bentuk penaakulan Empirical-Inductive (EI) yang diukur melalui item-item ujian aneka pilihan dan penaakulan Hypothetical-Deductive (HD) yang diukur dengan item-item ujian aneka pilihan serta ujian esei, penguasaan isi pelajaran yang diukur melalui ujian topikal yang ditadbir di akhir kajian, dan tahap penglibatan konstruktivis pelajar yang diukur melalui satu set soal selidik. Populasi kajian ini ialah 260 pelajar dari sembilan kelas-kelas sedia ada dari dua fakulti keguruan yang berdaftar di dalam mata pelajaran biologi umum yang diajar oleh pensyarah-pensyarah yang sama. Sampel kajian terdiri daripada 74 pelajar yang dibahagi ke kumpulan-kumpuan eksperimen secara rawak mengikut fakulti dan ke kumpulan-kumpulan Jigsaw secara heterogenus. Dapatan menunjukkan bahawa kumpulan Jigsaw melaporkan prestasi yang lebih tinggi secara signifikan dalam kemahiran penaakulan HD berdasarkan ujian esei tetapi sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan-kumpulan Jigsaw dan individu dalam aspek-aspek EI dan HD berdasarkan ujian-ujian item pilihan, ujian topikal, dan tahap penglibatan konstruktivis. Analisis mengikut pencapaian pula mendapati bahawa pelajar pencapaian rendah kumpulan Jigsaw melaporkan prestasi yang lebih tinggi secara signifikan dalam kemahiran penaakulan HD berasaskan ujian esei tetapi sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan-kumpulan Jigsaw dan individu di antara pelajar pencapaian tinggi bagi kesemua pemboleh ubah bersandar kajian. Analisis seterusnya juga mendapati bahawa tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan di antara kaedah dengan pencapaian pelajar untuk kesemua pemboleh ubah bersandar. Dapatan-dapatan kajian ini mencadangkan bahawa kaedah Jigsaw dalam persekitaran atas talian asinkroni bersama blended learning sesuai digunakan untuk melonjakkan kemahiran taakulan HD dalam kalangan pelajar pencapaian rendah. Selaras itu, kajian lanjut dicadangkan untuk meninjau kesan-kesan kaedah ini secara bersama blended learning atau dalam mod-mod e-pembelajaran yang lain menurut corak-corak kemahiran taakulan HD serta kesannya merentas mata pelajaran, pelbagai umur, jantina, saiz kumpulan dan tempoh rawatan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3614
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPembelajaranen_US
dc.titleKesan Kaedah Koperatif Bersama Persekitaran Pembelajaran Atas Talian Asinkroni Terhadap Kemahiran Penaakulan Saintifik, Prestasi Pembelajaran Dan Penglibatan Pelajaren_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: