Analisis Tekstual Persembahan Gundala-Gundala Sebagai Sebuah Drama Tari Topeng Masyarakat Karo
Loading...
Date
2011-11
Authors
Ginting, Yoe Anto
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Gundala-gundala merupakan satu-satunya drama tari topeng Karo yang wujud sehingga kini. Kewujudan fizikal topeng gundala-gundala yang sangat menyeramkan dan saiz topengnya yang besar menjadikan persembahan gundala-gundala sebagai sesebuah persembahan yang unik. Ciri-ciri fizikal topeng gundala-gundala tersebut tidak dijumpai pada tradisi topeng kaum lainnya di Sumatera Utara. Persembahan gundala-gundala sering mendapat perhatian yang besar daripada penonton, baik penonton daripada kaum Karo mahupun kaum yang lain. Persembahan gundala-gundala membabitkan banyak elemen ekspresif. Semua elemen itu sangat penting dan saling berhubungkait antara satu dengan lainnya untuk membentuk entiti persembahannya. Elemen-elemen ekspresif tersebut di antaranya adalah tari, gerak, muzik, nyanyian, busana, topeng, cerita atau narasi dan sebagainya. Sehingga kini, belum ditemukan kajian tentang elemen-elemen ekspresif itu secara mendalam dan menyeluruh. Analisis tekstual ini menyelidik secara mendalam dan menyeluruh bagaimana elemen-elemen ekspresif persembahan gundala-gundala itu terjalin antara satu dengan lainnya, dan mengungkapkan hubungkait elemen-elemen tersebut dengan nilai-nilai sosial masyarakat Karo. Kajian ini merupakan salah satu usaha untuk memperkenalkan prinsip-prinsip keindahan kesenian tradisional Karo, khasnya dalam persembahan drama tari gundala-gundala.
Description
Keywords
Persembahan gundala-gundala sebagai , drama tari topeng masyarakat Karo