Analisis Tekstual Persembahan Gundala-Gundala Sebagai Sebuah Drama Tari Topeng Masyarakat Karo

dc.contributor.authorGinting, Yoe Anto
dc.date.accessioned2019-01-02T07:31:19Z
dc.date.available2019-01-02T07:31:19Z
dc.date.issued2011-11
dc.description.abstractGundala-gundala merupakan satu-satunya drama tari topeng Karo yang wujud sehingga kini. Kewujudan fizikal topeng gundala-gundala yang sangat menyeramkan dan saiz topengnya yang besar menjadikan persembahan gundala-gundala sebagai sesebuah persembahan yang unik. Ciri-ciri fizikal topeng gundala-gundala tersebut tidak dijumpai pada tradisi topeng kaum lainnya di Sumatera Utara. Persembahan gundala-gundala sering mendapat perhatian yang besar daripada penonton, baik penonton daripada kaum Karo mahupun kaum yang lain. Persembahan gundala-gundala membabitkan banyak elemen ekspresif. Semua elemen itu sangat penting dan saling berhubungkait antara satu dengan lainnya untuk membentuk entiti persembahannya. Elemen-elemen ekspresif tersebut di antaranya adalah tari, gerak, muzik, nyanyian, busana, topeng, cerita atau narasi dan sebagainya. Sehingga kini, belum ditemukan kajian tentang elemen-elemen ekspresif itu secara mendalam dan menyeluruh. Analisis tekstual ini menyelidik secara mendalam dan menyeluruh bagaimana elemen-elemen ekspresif persembahan gundala-gundala itu terjalin antara satu dengan lainnya, dan mengungkapkan hubungkait elemen-elemen tersebut dengan nilai-nilai sosial masyarakat Karo. Kajian ini merupakan salah satu usaha untuk memperkenalkan prinsip-prinsip keindahan kesenian tradisional Karo, khasnya dalam persembahan drama tari gundala-gundala.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7433
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPersembahan gundala-gundala sebagaien_US
dc.subjectdrama tari topeng masyarakat Karoen_US
dc.titleAnalisis Tekstual Persembahan Gundala-Gundala Sebagai Sebuah Drama Tari Topeng Masyarakat Karoen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: