Potensi Etilena Diamina Dilaurat Sebagai Agen Pengkupel Baru Di Dalam Komposit Getah Asli Dan Polipropilena

Loading...
Thumbnail Image
Date
2007-04
Authors
Suryadiansyah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Potensi etilena diamina dilaurat (EOO) sebagai agen pengkupel baru di dalam komposit getah asli maupun komposit polipropilena telah dikaji. Di dalam komposit getah asli, yang menggunakan pengisi silika, agen pengkupel silana (Si-69) telah digunakan sebagai agen pembanding, manakala untuk pengisi hitam karbon (HK) hanya EDD digunakan sebagai agen pengkupel. Untuk komposit polipropilena, kajian yang dijalankan menggunakan pengisi sludge kertas (SK) dan silika, manakala maleik anhidrida polipropilena (MAPP) digunakan sebagai agen pengkupel komersial. Penyebatian etilena diamina dilaurat (EDD) di dalam komposit getah asli terisi silika ataupun hitam karbon memberikan kesan yang positif dengan meningkatnya kadar pematangan, tork maksimum, perbezaan tork, kekuatan tensil, modulus, kekerasan, set mampatan dan ketahanan pembengkakan yang baik, tetapi menurunkan pemanjangan pada takat putus. Jika dibandingkan dengan agen pengkupel silana (Si-69), keputusan menunjukkan bahawa komposit getah asli terisi silika dengan EDD adalah lebih baik dari segi kadar pematangan, tork maksimum, perbezaan tork, pemanjangan pada takat putus dan kekerasan. Mikrograf permukaan rekahan kegagalan tensil bagi komposit getah asli terisi silika atau HK dengan kedua-dua agen pengkupel menunjukkan permukaan yang lebih kasar berbanding komposit getah asli yang sama tetapi tanpa agen pengkupel (kawalan) . Penambahan EDD bagi komposit getah asli terisi silika atau hitam karbon telah meningkatkan kestabilan terma komposit getah asli.
Description
Keywords
Mining engineering
Citation