Potensi Etilena Diamina Dilaurat Sebagai Agen Pengkupel Baru Di Dalam Komposit Getah Asli Dan Polipropilena

dc.contributor.authorSuryadiansyah
dc.date.accessioned2023-01-10T07:04:45Z
dc.date.available2023-01-10T07:04:45Z
dc.date.issued2007-04
dc.description.abstractPotensi etilena diamina dilaurat (EOO) sebagai agen pengkupel baru di dalam komposit getah asli maupun komposit polipropilena telah dikaji. Di dalam komposit getah asli, yang menggunakan pengisi silika, agen pengkupel silana (Si-69) telah digunakan sebagai agen pembanding, manakala untuk pengisi hitam karbon (HK) hanya EDD digunakan sebagai agen pengkupel. Untuk komposit polipropilena, kajian yang dijalankan menggunakan pengisi sludge kertas (SK) dan silika, manakala maleik anhidrida polipropilena (MAPP) digunakan sebagai agen pengkupel komersial. Penyebatian etilena diamina dilaurat (EDD) di dalam komposit getah asli terisi silika ataupun hitam karbon memberikan kesan yang positif dengan meningkatnya kadar pematangan, tork maksimum, perbezaan tork, kekuatan tensil, modulus, kekerasan, set mampatan dan ketahanan pembengkakan yang baik, tetapi menurunkan pemanjangan pada takat putus. Jika dibandingkan dengan agen pengkupel silana (Si-69), keputusan menunjukkan bahawa komposit getah asli terisi silika dengan EDD adalah lebih baik dari segi kadar pematangan, tork maksimum, perbezaan tork, pemanjangan pada takat putus dan kekerasan. Mikrograf permukaan rekahan kegagalan tensil bagi komposit getah asli terisi silika atau HK dengan kedua-dua agen pengkupel menunjukkan permukaan yang lebih kasar berbanding komposit getah asli yang sama tetapi tanpa agen pengkupel (kawalan) . Penambahan EDD bagi komposit getah asli terisi silika atau hitam karbon telah meningkatkan kestabilan terma komposit getah asli.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/17125
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectMining engineeringen_US
dc.titlePotensi Etilena Diamina Dilaurat Sebagai Agen Pengkupel Baru Di Dalam Komposit Getah Asli Dan Polipropilenaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: