Kecekapan Komunikasi Antara Budaya Mahasiswa Indonesia Dan Malaysia: Satu Kajian Kes
Loading...
Date
2015
Authors
MOULITA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Peningkatan interaksi antara budaya Indonesia dan Malaysia khasnya dalam
bidang pendidikan telah menjadi pendorong bagi dijalankan penyelidikan ini.
Penyelidikan ini melibatkan mahasiswa Indonesia di Universiti Sains Malaysia
(USM) dan mahasiswa Malaysia di Universiti Sumatera Utara (USU). Oleh itu,
objektif kajian ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor penghalang kepada usaha
mewujudkan kecekapan komunikasi antara budaya serta menilai tahap kecekapan
komunikasi antara budaya yang dimiliki mahasiswa kedua-dua negara. Hasil temuan
kajian ini dapat diguna pakai sebagai panduan khasnya bagi kedua universiti dalam
perancangan mereka ke arah praktis antara budaya yang lebih berkesan.
Kajian ini mengguna pakai model kecekapan komunikasi antara budaya oleh
Chen dan Starosta (1996), yang melihat kepada tiga proses: afektif, kognitif, dan
perilaku. Pendekatan penyelidikan kualitatif dengan mengguna pakai kaedah kajian
kes ini melibatkan 9 orang informan di kampus USM dan 9 orang informan di
kampus USU.
Kajian ini mendapati bahawa mahasiswa Indonesia mahupun mahasiswa
Malaysia mengalami kesukaran utama dalam bahasa. Daripada 18 informan yang
dikaji, keputusannya menunjukkan hanya 3 informan yang boleh disebutkan
memiliki kecekapan komunikasi antara budaya. Masa yang diperlukan untuk
memperoleh kecekapan komunikasi antara budaya bagi mahasiswa Indonesia dan
Malaysia ini cukup lama, antara 4 sehingga 5 tahun. Ada dua hal yang menjadi
penyebabnya. Pertama ialah kecekapan komunikasi antara budaya mahasiswa
Indonesia dan Malaysia ini terbentuk perlahan-lahan secara semula jadi. Pada proses
pembentukan itu, para mahasiswa tersebut akan melalui tahap adaptasi sementara
mereka berdepan dengan pelbagai penghalang antara budaya. Faktor kedua ialah
sedikit atau tiadanya sokongan daripada universiti untuk mewujudkan program
mahupun aktiviti yang dapat membantu mahasiswa meningkatkan kecekapan
komunikasi antara budaya mereka.
Description
Keywords
Kecekapan Komunikasi Antara Budaya Mahasiswa Indonesia , Dan Malaysia: Satu Kajian Kes