Kecekapan Komunikasi Antara Budaya Mahasiswa Indonesia Dan Malaysia: Satu Kajian Kes

dc.contributor.authorMOULITA
dc.date.accessioned2016-05-11T01:54:03Z
dc.date.available2016-05-11T01:54:03Z
dc.date.issued2015
dc.description.abstractPeningkatan interaksi antara budaya Indonesia dan Malaysia khasnya dalam bidang pendidikan telah menjadi pendorong bagi dijalankan penyelidikan ini. Penyelidikan ini melibatkan mahasiswa Indonesia di Universiti Sains Malaysia (USM) dan mahasiswa Malaysia di Universiti Sumatera Utara (USU). Oleh itu, objektif kajian ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor penghalang kepada usaha mewujudkan kecekapan komunikasi antara budaya serta menilai tahap kecekapan komunikasi antara budaya yang dimiliki mahasiswa kedua-dua negara. Hasil temuan kajian ini dapat diguna pakai sebagai panduan khasnya bagi kedua universiti dalam perancangan mereka ke arah praktis antara budaya yang lebih berkesan. Kajian ini mengguna pakai model kecekapan komunikasi antara budaya oleh Chen dan Starosta (1996), yang melihat kepada tiga proses: afektif, kognitif, dan perilaku. Pendekatan penyelidikan kualitatif dengan mengguna pakai kaedah kajian kes ini melibatkan 9 orang informan di kampus USM dan 9 orang informan di kampus USU. Kajian ini mendapati bahawa mahasiswa Indonesia mahupun mahasiswa Malaysia mengalami kesukaran utama dalam bahasa. Daripada 18 informan yang dikaji, keputusannya menunjukkan hanya 3 informan yang boleh disebutkan memiliki kecekapan komunikasi antara budaya. Masa yang diperlukan untuk memperoleh kecekapan komunikasi antara budaya bagi mahasiswa Indonesia dan Malaysia ini cukup lama, antara 4 sehingga 5 tahun. Ada dua hal yang menjadi penyebabnya. Pertama ialah kecekapan komunikasi antara budaya mahasiswa Indonesia dan Malaysia ini terbentuk perlahan-lahan secara semula jadi. Pada proses pembentukan itu, para mahasiswa tersebut akan melalui tahap adaptasi sementara mereka berdepan dengan pelbagai penghalang antara budaya. Faktor kedua ialah sedikit atau tiadanya sokongan daripada universiti untuk mewujudkan program mahupun aktiviti yang dapat membantu mahasiswa meningkatkan kecekapan komunikasi antara budaya mereka.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2009
dc.subjectKecekapan Komunikasi Antara Budaya Mahasiswa Indonesiaen_US
dc.subjectDan Malaysia: Satu Kajian Kesen_US
dc.titleKecekapan Komunikasi Antara Budaya Mahasiswa Indonesia Dan Malaysia: Satu Kajian Kesen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: