Dakwah Islam Kepada Kaum Chau Khau Di Wilayah Chiang Rai-Thailand

Loading...
Thumbnail Image
Date
2009
Authors
Dagorha, Noorodin Abdulloh
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini meninjau pergerakan dakwah Islam terhadap golongan saudara baru dalam kalangan Kaum Chau Khau di Wilayah Chiang Rai utara Thailand. Kajian menggunakan kaedah kepustakaan dalam mengkaji landasan teori kepada kajian ini iaitu dakwah Rasulullah kepada saudara baru yang meliputi pengertian dakwah, sasaran dakwah Rasulullah, sumber dakwah Rasulullah, subjek dakwah Rasulullah kepada saudara baru, tujuan dakwah Rasulullah kepada saudara baru dan uslūb dakwah Rasulullah kepada saudara baru. Hal ini bertujuan mengenal pasti sejauh manakah ia diamalkan dalam aktiviti dakwah Islam kepada Kaum Chau Khau di Wilayah Chiang Rai. Selain itu, diterangkan sedikit pengenalan tentang Negara Thailand, pengenalan Wilayah Chiang Rai dan pengenalan Kaum Chau Khau meliputi asal usul, suku kaum, kebudayaan, adat istiadat, kepercayaan, kedudukkan, bilangan dan pekerjaan mereka. Manakala kaedah lapangan pula digunakan dalam mengkaji pergerakan dakwah Islam kepada Kaum Chau Khau di Wilayah Chiang Rai yang mengandungi sejarah kemasukan dakwah Islam ke dalam Kaum Chau Khau, organisasi yang terlibat dalam dakwah, pendakwah yang melancarkan dakwah, subjek dakwah yang diterapkan, cara dakwah yang digunakan dan polisi bagi dakwah ini. Kajian ini juga menggunakan kaedah lapangan dalam mengkaji sejauh manakah reaksi sasaran dakwah terhadap penerapan subjek dakwah dan pendekatan dakwah dalam aktiviti dakwah ini. Selain itu, kajian ini juga membincangkan masalah-masalah dakwah yang meliputi masalah yang dihadapi sasaran setelah memeluk Islam, masalah sasaran dakwah, masalah pendakwah, masalah subjek dakwah, masalah uslūb dakwah, masalah persekitaran, masalah ekonomi dan masalah organisasi dakwah.
Description
Keywords
Dakwah Islam terhadap golongan saudara baru dalam , kalangan Kaum Chau Khau di Wilayah Chiang Rai utara Thailand
Citation