Dakwah Islam Kepada Kaum Chau Khau Di Wilayah Chiang Rai-Thailand

dc.contributor.authorDagorha, Noorodin Abdulloh
dc.date.accessioned2018-07-02T06:52:55Z
dc.date.available2018-07-02T06:52:55Z
dc.date.issued2009
dc.description.abstractKajian ini meninjau pergerakan dakwah Islam terhadap golongan saudara baru dalam kalangan Kaum Chau Khau di Wilayah Chiang Rai utara Thailand. Kajian menggunakan kaedah kepustakaan dalam mengkaji landasan teori kepada kajian ini iaitu dakwah Rasulullah kepada saudara baru yang meliputi pengertian dakwah, sasaran dakwah Rasulullah, sumber dakwah Rasulullah, subjek dakwah Rasulullah kepada saudara baru, tujuan dakwah Rasulullah kepada saudara baru dan uslūb dakwah Rasulullah kepada saudara baru. Hal ini bertujuan mengenal pasti sejauh manakah ia diamalkan dalam aktiviti dakwah Islam kepada Kaum Chau Khau di Wilayah Chiang Rai. Selain itu, diterangkan sedikit pengenalan tentang Negara Thailand, pengenalan Wilayah Chiang Rai dan pengenalan Kaum Chau Khau meliputi asal usul, suku kaum, kebudayaan, adat istiadat, kepercayaan, kedudukkan, bilangan dan pekerjaan mereka. Manakala kaedah lapangan pula digunakan dalam mengkaji pergerakan dakwah Islam kepada Kaum Chau Khau di Wilayah Chiang Rai yang mengandungi sejarah kemasukan dakwah Islam ke dalam Kaum Chau Khau, organisasi yang terlibat dalam dakwah, pendakwah yang melancarkan dakwah, subjek dakwah yang diterapkan, cara dakwah yang digunakan dan polisi bagi dakwah ini. Kajian ini juga menggunakan kaedah lapangan dalam mengkaji sejauh manakah reaksi sasaran dakwah terhadap penerapan subjek dakwah dan pendekatan dakwah dalam aktiviti dakwah ini. Selain itu, kajian ini juga membincangkan masalah-masalah dakwah yang meliputi masalah yang dihadapi sasaran setelah memeluk Islam, masalah sasaran dakwah, masalah pendakwah, masalah subjek dakwah, masalah uslūb dakwah, masalah persekitaran, masalah ekonomi dan masalah organisasi dakwah.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5835
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectDakwah Islam terhadap golongan saudara baru dalamen_US
dc.subjectkalangan Kaum Chau Khau di Wilayah Chiang Rai utara Thailanden_US
dc.titleDakwah Islam Kepada Kaum Chau Khau Di Wilayah Chiang Rai-Thailanden_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: