Analisis Hubungkait Di Antara Polimorflsmegen Enzim Xenobiotik Dan Hepatoselular Karsinoma (HCC) Di Malaysia
Loading...
Date
2003-01
Authors
Mohammed Saleh, Amyza
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Polimorfisme enzim adalah perbezaan keupayaan sesuatu enzim itu untuk
memetabolismekan karsinogen kimia. Perbezaan ini ditunjukkan oleh sesetengah
kumpulan di dalam suatu populasi ataupun pada individu. Polimorfisme genetik pada
enzim yang terlibat daIam metabolisme karsinogen, juga dikenali sebagai enzim
xenobiotik telah didapati mempengaruhi kerentanan kepada kanser. Di Malaysia,
kanser hati merupakan barah pembunuh yang ketiga pentingnya berdasarkan statistik
pesakit yang dimasukkan ke hospital kerajaan. Hepatoselular karsinoma (HCC)
merupakan 80% daripada kes-kes barah hati dan menyerang kebanyakannya lelaki.
Polimorfisme pada gen sitokrom p450 2El(CYP2El). glutation S-transferase Ml
(GST-MI) dan mikrosom epoksida hidrolase (mER) telah dilaporkan mempunyai
hubungkait dengan kerentanan individu kepada HCC, berikutan dengan pendedahan
terhadap karsinogen persekitaran. Polimorfisme yang mempunyai hubungkait adalah
varian alel His 113 pada ekson 3 gen mER, aIel mutan di tapak penyekatan Rsal pada
gen CYP 2El dan GST-MI tiada (null) di mana gen ini mengalami pemotongan.
Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan data asas frekuensi polimorfisme di
kalangan mereka yang normal dan mengenalpasti kaitan antara polimorfisme gen
enzim xenobiotik dan HCC di kalangan populasi Malaysia. Kajian kes-kawalan
dijalankan untuk menentukan ini. Sebanyak 80 kes dan 520 kawalan diasai untuk
menentukan polimorfisme-polimorfisme tersebut.
polimorfisme bagi gen CYP2E 1 dan mER dikesan dengan Polimorfisme Panjang
Serpihan Sekatan (RFLP) manakala polimorfisme tiada gen GST -Ml dikesan melalui
amplifikasi PCR. Analisis statistik dijalank~m ke atas sampel-sampel.ini. Daripada
ka:iian ini, hubungkait yang signifikan ditemui di antara polimorfisme gen enzim
xenobiotik dan HCC (p < 0.05). Didapati bahawa kemungkinan seseorang men~hidapi
HCC dengan polimorfisme tiada gen GST-Ml adalah 2 kali ganda berbanding pada
mereka yang ada gen ini. Apabila polimorfisme tiada gen GST -Ml digabungkan
dengan homozigus mutan ekson 3 gen mER, risikonya meningkat sebanyak 5 kali
ganda Untuk kombinasi genotip CYP2E 1 mutanl ekson 3 mER mutan pula, risiko
HCC meningkatkan sebanyak 10 kali ganda. Seterusnya apabila ketiga-tiga mutasi
digabungkan, CYP2E 1 mutanl ekson 3 mER mutanl polimorfisme tiada gen GST -Ml
didapati kemungkinan individu mendapat HCC adalah 16 kali ganda berbanding
mereka yang tiada genotip mutan ini. Maka daripada analisis ini didapati yang alel
polimorfik c2 gen CYP2El, varian polimorfik His 113 ekson 3 mEH dan
polimorfisme tiada gen GST -Mladalah alel berisiko tinggi terhadap RCC dan mereka
ini mengubah risiko HCC individu berikutan dengan dedahan karsinogen
persekitaran.
Description
Keywords
Enzim xenobiotik , Mempengaruhi kerentanan kepada kanser