Analisis Hubungkait Di Antara Polimorflsmegen Enzim Xenobiotik Dan Hepatoselular Karsinoma (HCC) Di Malaysia

dc.contributor.authorMohammed Saleh, Amyza
dc.date.accessioned2016-10-06T08:07:20Z
dc.date.available2016-10-06T08:07:20Z
dc.date.issued2003-01
dc.description.abstractPolimorfisme enzim adalah perbezaan keupayaan sesuatu enzim itu untuk memetabolismekan karsinogen kimia. Perbezaan ini ditunjukkan oleh sesetengah kumpulan di dalam suatu populasi ataupun pada individu. Polimorfisme genetik pada enzim yang terlibat daIam metabolisme karsinogen, juga dikenali sebagai enzim xenobiotik telah didapati mempengaruhi kerentanan kepada kanser. Di Malaysia, kanser hati merupakan barah pembunuh yang ketiga pentingnya berdasarkan statistik pesakit yang dimasukkan ke hospital kerajaan. Hepatoselular karsinoma (HCC) merupakan 80% daripada kes-kes barah hati dan menyerang kebanyakannya lelaki. Polimorfisme pada gen sitokrom p450 2El(CYP2El). glutation S-transferase Ml (GST-MI) dan mikrosom epoksida hidrolase (mER) telah dilaporkan mempunyai hubungkait dengan kerentanan individu kepada HCC, berikutan dengan pendedahan terhadap karsinogen persekitaran. Polimorfisme yang mempunyai hubungkait adalah varian alel His 113 pada ekson 3 gen mER, aIel mutan di tapak penyekatan Rsal pada gen CYP 2El dan GST-MI tiada (null) di mana gen ini mengalami pemotongan. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan data asas frekuensi polimorfisme di kalangan mereka yang normal dan mengenalpasti kaitan antara polimorfisme gen enzim xenobiotik dan HCC di kalangan populasi Malaysia. Kajian kes-kawalan dijalankan untuk menentukan ini. Sebanyak 80 kes dan 520 kawalan diasai untuk menentukan polimorfisme-polimorfisme tersebut. polimorfisme bagi gen CYP2E 1 dan mER dikesan dengan Polimorfisme Panjang Serpihan Sekatan (RFLP) manakala polimorfisme tiada gen GST -Ml dikesan melalui amplifikasi PCR. Analisis statistik dijalank~m ke atas sampel-sampel.ini. Daripada ka:iian ini, hubungkait yang signifikan ditemui di antara polimorfisme gen enzim xenobiotik dan HCC (p < 0.05). Didapati bahawa kemungkinan seseorang men~hidapi HCC dengan polimorfisme tiada gen GST-Ml adalah 2 kali ganda berbanding pada mereka yang ada gen ini. Apabila polimorfisme tiada gen GST -Ml digabungkan dengan homozigus mutan ekson 3 gen mER, risikonya meningkat sebanyak 5 kali ganda Untuk kombinasi genotip CYP2E 1 mutanl ekson 3 mER mutan pula, risiko HCC meningkatkan sebanyak 10 kali ganda. Seterusnya apabila ketiga-tiga mutasi digabungkan, CYP2E 1 mutanl ekson 3 mER mutanl polimorfisme tiada gen GST -Ml didapati kemungkinan individu mendapat HCC adalah 16 kali ganda berbanding mereka yang tiada genotip mutan ini. Maka daripada analisis ini didapati yang alel polimorfik c2 gen CYP2El, varian polimorfik His 113 ekson 3 mEH dan polimorfisme tiada gen GST -Mladalah alel berisiko tinggi terhadap RCC dan mereka ini mengubah risiko HCC individu berikutan dengan dedahan karsinogen persekitaran.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2689
dc.subjectEnzim xenobiotiken_US
dc.subjectMempengaruhi kerentanan kepada kanseren_US
dc.titleAnalisis Hubungkait Di Antara Polimorflsmegen Enzim Xenobiotik Dan Hepatoselular Karsinoma (HCC) Di Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: