Estetika Sastera Sufistik : Kajian Hermeneutik Terhadap Karya-Karya Shaykh Hamzah Fansuri

dc.contributor.authorMuthari, Abdul Hadi Wiji
dc.date.accessioned2017-09-27T06:21:50Z
dc.date.available2017-09-27T06:21:50Z
dc.date.issued1996-06
dc.description.abstractShaykh ~amzah Fansurr adalah seorang ahli tasawu£ dan penyair abad ke-16 dan 17 yang sangat terkemuka dalam Alam Melayu Nusantara. Kajian ini berupaya mendedahkan aspek-aspek penting daripada karya-karya beliau yang belum banyak dikaji. Dengan menumpukan perhatian terhadap puisipuisi yang dimuatkan dalam naskhah Jakarta (MS Jak. Mal. No. 83) dan menggunakan kaedah ta'wTl, iaitu suatu bentuk hermeneutika kerohanian Islam, kajian ini mendapati bahawa karya-karya Shaykh Hamzah Fansurr merupakan syalr-syalr tauhid dan makrifat yang indah, kaya .akan renungan dan imaglnasi. Karya-karya Shaykh yang dikaji dapat dianggap sebagai ekspresl yang sangat tinggi daripada kesedaran kolektlf atau jiwa terdalam masyarakatnya, iaitu masyarakat yang memandang tasawu£ merupakan jalan tertinggi menuju makna hakiki ajaran Islam, iaitu Tauhid, penyaksian bahawa Tuhan itu satu. Selain itu puisi-puisi makrifat karya Shaykh merupakan tafsir kerohanian terhadap ayat-ayat al-Qur'an, khususnya ayat-ayat mutashiblhat (metafori~al), berkenaan metafizika dan estetika. Penyampaiannya secara puitik menambah kaya kedalaman dan dimensi daripada gagasangag as an yang disampaikan. Kandungan puiii-puisi xiii tersebut mengungkap hakikat penciptaan alam semesta dan penampakan keindahan Yang Satu yang berasaskan kepada -cinta 'ishq). Manifestasi cinta ilahi yang paling sempurna ini digambarkan dalam konsep al-~aqTqat almuhammadiyyah atau nur Mu~ammad, dengan menggunakan tamsil-tamsll yang kaya dan menarlk. Konsep Nur Muhammad berkaitan konsep 'diri hakiki' atau 'diri universal'. Sebagaimana 'ishq, diri universal ini dlpandang sebagal asas penciptaan dunia. Shaykh Hamzah Fan~uri berjaya mengungkapkan semua gagasan sufistik yang kompleks dan dalam ini dalam bahasa puisi yang sangat mempesonakan. Dalam konteks inl Shaykh H. amzah Fan.s urf tidak dapat dipandang hanya sebagai ahli tasawuf dan pembaharu kerohanian, tetapi juga mesti dipandang sebagai pelopor estetika dan puitika Melayu baru. Pengaruh beliau sangat besar terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu Nusantara, dan juga terhadap penyair-penyair Indonesia dan Malaysia moden dewasa ini. Estetika yang dikemukakan Shaykh ialah estetika yang memandang bahawa keindahan tertinggi hanya dapat dicapai oleh mereka yang memiliki pengetahuan ketuhanan dan sanggup menempuh jalan kerohanian yang sukar. Bagi Shaykh ~amzah Fan~urT puisl tidak dimaksud hanya sebagai 'penglipur lara' dan luahan perasaan. Pulsi adalah tangga nalk menuju Yang Haklki.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4691
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectEstetika sastera sufistiken_US
dc.subjectkarya-karya shaykh hamzah fansurien_US
dc.titleEstetika Sastera Sufistik : Kajian Hermeneutik Terhadap Karya-Karya Shaykh Hamzah Fansurien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: