Dā`Īrah Al-Wujūd Oleh Syeikh Shamsuddin Al-Sumatera`I: Satu Perbandingan Naskhah Beranotasi Dan Analisis

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-06
Authors
Rastam, Rohaimi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Subjek kajian ini adalah manuskrip tasawuf berjudul Dā`īrah al-Wujūd MS 1556 C koleksi Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia karangan Syeikh Shamsuddin Ibni Abdullah al-Sumatera`i, 'Syeikh al-Islam' bagi kerajaan Aceh Darul Salam pada penghujung kurun ke-16 Masihi. Objektif pertama kajian ini adalah mengusahakan perbandingan naskhah beranotasi di antara manuskrip MS 1556 C dengan teks ke-12 koleksi Marsden 11648 milik Perpustakaan School of Oriental and African Studies, London. Transliterasi rumi kedua-dua naskhah berkenaan disediakan, supaya perbandingan beranotasi dapat dibuat demi mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan menjadikan manuskrip Dā`īrah al-Wujūd MS 1556 C sebagai naskhah asas. Hasil penelitian ke atas persamaan dan perbezaan di antara dua naskhah berkenaan membuktikan bahawa isi kandungan kedua-dua manuskrip berkenaan adalah sama, sekaligus membawa kepada kesimpulan bahawa teks ke-12 Marsden tanpa ragu adalah kitab Dā`īrah al-Wujūd karangan Syeikh Shamsuddin al-Sumatera`i. Objektif kedua kajian ini adalah analisis isi kandungan manuskrip Dā`īrah al-Wujūd. Analisis isi kandungan menunjukkan keselarian fahaman Dā`īrah al-Wujūd dengan penulisan Syeikh Shamsuddin yang lain yang diketahui dan dengan fahaman tokoh-tokoh Sufi yang lain terutamanya fahaman Syeikh al-Akbar Ibn Άrabi.
Description
Keywords
Dā`Īrah Al-Wujūd , Syeikh Shamsuddin Al-Sumatera`I
Citation