Dā`Īrah Al-Wujūd Oleh Syeikh Shamsuddin Al-Sumatera`I: Satu Perbandingan Naskhah Beranotasi Dan Analisis
dc.contributor.author | Rastam, Rohaimi | |
dc.date.accessioned | 2018-07-18T02:15:21Z | |
dc.date.available | 2018-07-18T02:15:21Z | |
dc.date.issued | 2015-06 | |
dc.description.abstract | Subjek kajian ini adalah manuskrip tasawuf berjudul Dā`īrah al-Wujūd MS 1556 C koleksi Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia karangan Syeikh Shamsuddin Ibni Abdullah al-Sumatera`i, 'Syeikh al-Islam' bagi kerajaan Aceh Darul Salam pada penghujung kurun ke-16 Masihi. Objektif pertama kajian ini adalah mengusahakan perbandingan naskhah beranotasi di antara manuskrip MS 1556 C dengan teks ke-12 koleksi Marsden 11648 milik Perpustakaan School of Oriental and African Studies, London. Transliterasi rumi kedua-dua naskhah berkenaan disediakan, supaya perbandingan beranotasi dapat dibuat demi mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan menjadikan manuskrip Dā`īrah al-Wujūd MS 1556 C sebagai naskhah asas. Hasil penelitian ke atas persamaan dan perbezaan di antara dua naskhah berkenaan membuktikan bahawa isi kandungan kedua-dua manuskrip berkenaan adalah sama, sekaligus membawa kepada kesimpulan bahawa teks ke-12 Marsden tanpa ragu adalah kitab Dā`īrah al-Wujūd karangan Syeikh Shamsuddin al-Sumatera`i. Objektif kedua kajian ini adalah analisis isi kandungan manuskrip Dā`īrah al-Wujūd. Analisis isi kandungan menunjukkan keselarian fahaman Dā`īrah al-Wujūd dengan penulisan Syeikh Shamsuddin yang lain yang diketahui dan dengan fahaman tokoh-tokoh Sufi yang lain terutamanya fahaman Syeikh al-Akbar Ibn Άrabi. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/5948 | |
dc.subject | Dā`Īrah Al-Wujūd | en_US |
dc.subject | Syeikh Shamsuddin Al-Sumatera`I | en_US |
dc.title | Dā`Īrah Al-Wujūd Oleh Syeikh Shamsuddin Al-Sumatera`I: Satu Perbandingan Naskhah Beranotasi Dan Analisis | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: