Kesan Maklum Balas Yang Berbeza Oleh Agen Pedagogi Dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (Spp) Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan
Loading...
Date
2010-12
Authors
Mohamad Zain, Farah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan maklum balas yang berbeza oleh agen pedagogi (AP) dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) terhadap pencapaian pelajar yang berbeza lokus kawalan. Tajuk bahan penyelidikan yang dimuatkan dalam SPP ialah “Kanta dan Alat Optik – Fizik Tingkatan 4” dan dibangunkan dalam pembelajaran selama sejam. Tiga jenis platform penyampaian dibangunkan yang memuatkan AP yang sama tetapi memberi tiga jenis maklum balas yang berbeza kepada pelajar iaitu maklum balas Knowledge of Results (KORAP), maklum balas Knowledge of Correct Response (KCRAP) dan maklum balas Elaborated Feedback (EFAP).
Description
Keywords
Agen Pedagogi Dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (Spp) , Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan