Perancangan Rumah Warga Tua Berkonsep 'Mesra Insan' Kajian Kes : Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak Dan Bedong, Kedah
Loading...
Date
2002-02
Authors
AB. KAOIR, ABO. AVIS SUKURNY
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Perumahan merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia sebagai tempat perlindungan dan
keselamatan. Secara amnya, di Malaysia sehingga kini hanya terdapat beberapa tempat tinggal
warga tua yang berbentuk institusi telah disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Kebanyakan
penubuhan institusi ini dijalankan ke atas bangunan-bangunan lama setelah ditukarkan status
kegunaannya kepada rumah kebajikan untuk menempatkan warga tua dan golongan kurang upaya
yang memerlukan perlindungan, penjagaan dan rawatan. Kajian kes telah dipilih ke atas Rumah
Seri Kenangan Taiping, Perak dan Bedong, Kedah merupakan negeri yang mempunyai bilangan
warga tua yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Matlamat dan objektif kajian adalah untuk mewujudkan persekitaran rumah warga tua berkonsep
'mesra insan'. Konsep ini dikemukakan setelah didapati bahawa sebilangan besar kawasan
penempatan warga tua tidak ceria dari segi persekitaran, penyediaan elemen lanskap yang kurang
sesuai serta kemudahan asas dan sokongan yang tidak mengikut keperluan golongan ini. Selain
daripada itu, golongan ini juga berhak diberi peluang bersama dengan masyarakat luar supaya
mereka dapat menikmati kehidupan yang normal dalam suasana penempatan yang selesa dan
selamat. Bagi mencapai matiamat kajian, tiga kaedah pengumpulan maklumat digunakan iaitu
pengamatan, pengumpulan data sekunder dan pengumpulan data primer iaitu data persepsi
kakitangan dan penghuni. Maklumat-maklumat ini membantu dalam penganalisisan data untuk
digunakan sepanjang kajian ini.
Melalui analisis kajian, beberapa penemuan telah dikenalpasti seperti ketiadaan garispanduan
khusus pembinaan rumah warga tua, perletakan yang tidak sesuai, ruang yang sempit dan terhad
dan kekurangan elemen kemudahan asas dan sokongan yang sesuai dengan keperluan warga
tua. Untuk menangani isu dan masalah, beberapa cadangan yang berbentuk jangkamasa pendek
dan panjang dikemukakan. Walau bagaimanapun, aspek nilai sosio-budaya dalam konsep
masyarakat penyayang menjadi pertimbangan utama yang perlu diberi perhatian agar cadangan
dan matlamat perancangan rumah warga tua 'mesra ins an' menjadi kenyataan.
Description
Keywords
Perancangan Rumah Warga Tua Berkonsep 'Mesra Insan' Kajian Kes , Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak Dan Bedong, Kedah