Perancangan Rumah Warga Tua Berkonsep 'Mesra Insan' Kajian Kes : Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak Dan Bedong, Kedah

dc.contributor.authorAB. KAOIR, ABO. AVIS SUKURNY
dc.date.accessioned2016-07-18T02:06:34Z
dc.date.available2016-07-18T02:06:34Z
dc.date.issued2002-02
dc.description.abstractPerumahan merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia sebagai tempat perlindungan dan keselamatan. Secara amnya, di Malaysia sehingga kini hanya terdapat beberapa tempat tinggal warga tua yang berbentuk institusi telah disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Kebanyakan penubuhan institusi ini dijalankan ke atas bangunan-bangunan lama setelah ditukarkan status kegunaannya kepada rumah kebajikan untuk menempatkan warga tua dan golongan kurang upaya yang memerlukan perlindungan, penjagaan dan rawatan. Kajian kes telah dipilih ke atas Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak dan Bedong, Kedah merupakan negeri yang mempunyai bilangan warga tua yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Matlamat dan objektif kajian adalah untuk mewujudkan persekitaran rumah warga tua berkonsep 'mesra insan'. Konsep ini dikemukakan setelah didapati bahawa sebilangan besar kawasan penempatan warga tua tidak ceria dari segi persekitaran, penyediaan elemen lanskap yang kurang sesuai serta kemudahan asas dan sokongan yang tidak mengikut keperluan golongan ini. Selain daripada itu, golongan ini juga berhak diberi peluang bersama dengan masyarakat luar supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang normal dalam suasana penempatan yang selesa dan selamat. Bagi mencapai matiamat kajian, tiga kaedah pengumpulan maklumat digunakan iaitu pengamatan, pengumpulan data sekunder dan pengumpulan data primer iaitu data persepsi kakitangan dan penghuni. Maklumat-maklumat ini membantu dalam penganalisisan data untuk digunakan sepanjang kajian ini. Melalui analisis kajian, beberapa penemuan telah dikenalpasti seperti ketiadaan garispanduan khusus pembinaan rumah warga tua, perletakan yang tidak sesuai, ruang yang sempit dan terhad dan kekurangan elemen kemudahan asas dan sokongan yang sesuai dengan keperluan warga tua. Untuk menangani isu dan masalah, beberapa cadangan yang berbentuk jangkamasa pendek dan panjang dikemukakan. Walau bagaimanapun, aspek nilai sosio-budaya dalam konsep masyarakat penyayang menjadi pertimbangan utama yang perlu diberi perhatian agar cadangan dan matlamat perancangan rumah warga tua 'mesra ins an' menjadi kenyataan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2245
dc.subjectPerancangan Rumah Warga Tua Berkonsep 'Mesra Insan' Kajian Kesen_US
dc.subjectRumah Seri Kenangan Taiping, Perak Dan Bedong, Kedahen_US
dc.titlePerancangan Rumah Warga Tua Berkonsep 'Mesra Insan' Kajian Kes : Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak Dan Bedong, Kedahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: