Rekabentuk Penyongsang Satu Fasa Lima Aras 500 Watt

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-03
Authors
Mamat, Md. Nazlan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyongsang sumber voltan berbilang aras amat sesuai digunakan dalam penukaran voltan tinggi a.t ke a.u. Ia memberikan beberapa kelebihan berbanding penyongsang dua aras iaitu kehilangan pensuisan dan jumlah herotan harmonik dapat dikurangkan. Penyongsang berbilang aras sambungan lata dipilih sebagai penukar kuasa kerana susunatur litarnya yang bermodul. Kaedah kawalan pensuisan yang digunakan adalah berasaskan kepada pemodulatan tangga menggunakan litar bersepadu pengawal PWM SG3525A sebagai peranti utama digabungkan dengan komponen logik seperti flip-flop D dan pembanding untuk menghasilkan isyarat PWM kepada penyongsang lima aras sambungan lata. Telahan awal terhadap harmonik voltan keluaran mengunakan analisa siri fourier dan sudut picuan telah dilakukan dan ditentusahkan oleh simulasi komputer. Untuk mengesahkan kaedah rekabentuk dan ketepatan model simulasi, sebuah prototaip yang mana terdiri daripada sebuah penyongsang lima aras sambungan lata dan sistem pengawal telah dibina. Rekabentuk ini juga terdiri daripada litar kuasa yang telah dikonfigurasikan daripada peranti MOSFET kuasa. Rekabentuk yang telah dibangunkan menghasilkan nilai jumlah herotan harmonik sebanyak 24.2% dan pada kecekapan penyongsang telah dicapai pada 82% pada kadaran beban 500 Watt.
Description
Keywords
Penyongsang Satu Fasa , 500 Watt
Citation