Rekabentuk Penyongsang Satu Fasa Lima Aras 500 Watt

dc.contributor.authorMamat, Md. Nazlan
dc.date.accessioned2019-08-27T07:53:27Z
dc.date.available2019-08-27T07:53:27Z
dc.date.issued2011-03
dc.description.abstractPenyongsang sumber voltan berbilang aras amat sesuai digunakan dalam penukaran voltan tinggi a.t ke a.u. Ia memberikan beberapa kelebihan berbanding penyongsang dua aras iaitu kehilangan pensuisan dan jumlah herotan harmonik dapat dikurangkan. Penyongsang berbilang aras sambungan lata dipilih sebagai penukar kuasa kerana susunatur litarnya yang bermodul. Kaedah kawalan pensuisan yang digunakan adalah berasaskan kepada pemodulatan tangga menggunakan litar bersepadu pengawal PWM SG3525A sebagai peranti utama digabungkan dengan komponen logik seperti flip-flop D dan pembanding untuk menghasilkan isyarat PWM kepada penyongsang lima aras sambungan lata. Telahan awal terhadap harmonik voltan keluaran mengunakan analisa siri fourier dan sudut picuan telah dilakukan dan ditentusahkan oleh simulasi komputer. Untuk mengesahkan kaedah rekabentuk dan ketepatan model simulasi, sebuah prototaip yang mana terdiri daripada sebuah penyongsang lima aras sambungan lata dan sistem pengawal telah dibina. Rekabentuk ini juga terdiri daripada litar kuasa yang telah dikonfigurasikan daripada peranti MOSFET kuasa. Rekabentuk yang telah dibangunkan menghasilkan nilai jumlah herotan harmonik sebanyak 24.2% dan pada kecekapan penyongsang telah dicapai pada 82% pada kadaran beban 500 Watt.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8703
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPenyongsang Satu Fasaen_US
dc.subject500 Watten_US
dc.titleRekabentuk Penyongsang Satu Fasa Lima Aras 500 Watten_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: