Cabaran Budaya Hedonisme Dalam Pembangunan Insan : Satu Analisis Berdasarkan Kitab Fi Zilal Al-Qur'an
Loading...
Date
2013-02
Authors
Hamzah, Halipah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyelidikan ini merupakan satu perbincangan mengenai cabaran budaya hedonisme
terhadap pembangunan insan dengan merujuk kepada pandangan Syed QuÏb dalam
kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én. Permasalahan-permasalahan yang dibincangkan dalam
penyelidikan ini merangkumi aspek-aspek berkaitan dengan konsep budaya
hedonisme dan konsep pembangunan insan. Penyelidikan ini bertujuan untuk
menjelaskan bentuk-bentuk cabaran budaya hedonisme dan keburukan gejala
tersebut terhadap pembangunan insan. Dalam penyelidikan dan penulisan tesis ini,
penyelidik memilih tiga kaedah penyelidikan sebagai asas iaitu metod penentuan
subjek, metod pengumpulan data dan maklumat, serta metod penganalisisan data.
Diharapkan hasil penyelidikan ini dapat membantu masyarakat dalam menangani
permasalahan gejala sosial yang berpunca daripada fenomena budaya hedonisme
yang sekaligus membantut pembangunan insan di negara kita. Berdasarkan
pandangan Syed QuÏb, kaedah menangani cabaran budaya hedonisme ini adalah
melalui penghayatan maqasid syariah. Kaedah terbaik bagi menangani gejala sosial
yang melanda masyarakat ini ialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga,
dan masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam. Di samping itu, berusaha
memelihara diri dan keluarga daripada terjebak dengan fenomena budaya negatif
seperti hedonisme adalah dianjurkan.
Description
Keywords
Cabaran budaya hedonisme , terhadap pembangunan insan