Kajian Ketoksikan Akut Dan Subkronik Pironaridina Dan Artesunat
Loading...
Date
2000-09
Authors
Hj. Abu Bakar, A'Edah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Agen-agen antimalaria artesunat (ARS) dan pironaridina (PND) telah
dikenalpasti sebagai agen-agen antimalaria baru yang berkesan menentang Plasmodium
jalciparum rintang-drug. Penggunaan kedua-dua agen ini dalam kemoterapimalaria
adalah terhad di negara Cina dan penggunaan di luar negara Cina adalah terhad untuk
tujuan penyelidikan. Walaupun begitu, maklumat berkaitan ciri-ciri ketoksikan keduadua
agen ini adalah terhad dan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
penggunaan yang tidak meluas. Sasaran tesis ini ialah untuk menyumbang kepada
pembangunan kedua-dua agen ini dengan menyelidik ciri-ciri ketoksikan akut oral dan
subakut oral dalam tikus Sprague-Dawley. Kajian subakut yang dilaporkan dalam tesis
ini hanya merangkumi kajian dos berulang jangka pendek 28 hari. Keputusan kajian
menunjukkan tikus jantan lebih rentan kepada kesan-kesan toksik akut dan subakut
ARS dan PND daripada tikus betina. LDso ARS dalam tikus betina ialah 1476.54 ±
152.95 mg/kg dan 1123.35 ± 126.71 mg/kg dalam tikusjantan, manakala LDsoPND
ialah 1176.40 ± 157.06 mg/kg dalam tikus betina dan 1140.66 ± 63.02 mg/kg dalam
tikus jantan. Keneurotoksikan merupakan kesan akut ketara ARS, manakala PND
menyebabkan kesan akut kepada sistem pernafasan dan sistem saraf pusat. Pemberian
dos berulang 28 hari ARS tidak memberi kesan neuroto"ksik dalam tikus-tikus betina
dan jantan tetapi menyebabkan peningkatan signifikan aktiviti enzim-enzim AL T dan
AST, dan peningkatan signifikan berat relatif limpa dan hepar dalam tikus betina. Dos
berulang PND menyebabkan perencatan penambahan berat badan dan memberi kesan
kepada sistem pernafasan. Peningkatan signifikan aktiviti enzim-enzim AL T, AST, dan
GGT, dan peningkatan signifikan berat relatif hepar, limpa, dan ginjal kelihatan dalam
tikus-tikus betina dan jantan. Kesan-kesan neurotoksik ARS selaras dengan penemuan
penyelidik-penyelidik awal yang mengenalpasti keneurotoksikan sebagai kesan utama
terbitan-terbitan artemisinin. Nilai LDso subakut (28 han) untuk PND ialah 159.59 mg/kg.
Berdasarkan kepada faktor kekronikan (LDsOakut/LD50 subakut (28 hari») yang bernilai 7.37,
secara relatif, PND didapati memberi kesan toksik kumulatif.
Description
Keywords
Pironaridina Dan Artesunat , Agen-agen antimalaria baru