Kajian Ketoksikan Akut Dan Subkronik Pironaridina Dan Artesunat
dc.contributor.author | Hj. Abu Bakar, A'Edah | |
dc.date.accessioned | 2016-09-29T07:34:38Z | |
dc.date.available | 2016-09-29T07:34:38Z | |
dc.date.issued | 2000-09 | |
dc.description.abstract | Agen-agen antimalaria artesunat (ARS) dan pironaridina (PND) telah dikenalpasti sebagai agen-agen antimalaria baru yang berkesan menentang Plasmodium jalciparum rintang-drug. Penggunaan kedua-dua agen ini dalam kemoterapimalaria adalah terhad di negara Cina dan penggunaan di luar negara Cina adalah terhad untuk tujuan penyelidikan. Walaupun begitu, maklumat berkaitan ciri-ciri ketoksikan keduadua agen ini adalah terhad dan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan penggunaan yang tidak meluas. Sasaran tesis ini ialah untuk menyumbang kepada pembangunan kedua-dua agen ini dengan menyelidik ciri-ciri ketoksikan akut oral dan subakut oral dalam tikus Sprague-Dawley. Kajian subakut yang dilaporkan dalam tesis ini hanya merangkumi kajian dos berulang jangka pendek 28 hari. Keputusan kajian menunjukkan tikus jantan lebih rentan kepada kesan-kesan toksik akut dan subakut ARS dan PND daripada tikus betina. LDso ARS dalam tikus betina ialah 1476.54 ± 152.95 mg/kg dan 1123.35 ± 126.71 mg/kg dalam tikusjantan, manakala LDsoPND ialah 1176.40 ± 157.06 mg/kg dalam tikus betina dan 1140.66 ± 63.02 mg/kg dalam tikus jantan. Keneurotoksikan merupakan kesan akut ketara ARS, manakala PND menyebabkan kesan akut kepada sistem pernafasan dan sistem saraf pusat. Pemberian dos berulang 28 hari ARS tidak memberi kesan neuroto"ksik dalam tikus-tikus betina dan jantan tetapi menyebabkan peningkatan signifikan aktiviti enzim-enzim AL T dan AST, dan peningkatan signifikan berat relatif limpa dan hepar dalam tikus betina. Dos berulang PND menyebabkan perencatan penambahan berat badan dan memberi kesan kepada sistem pernafasan. Peningkatan signifikan aktiviti enzim-enzim AL T, AST, dan GGT, dan peningkatan signifikan berat relatif hepar, limpa, dan ginjal kelihatan dalam tikus-tikus betina dan jantan. Kesan-kesan neurotoksik ARS selaras dengan penemuan penyelidik-penyelidik awal yang mengenalpasti keneurotoksikan sebagai kesan utama terbitan-terbitan artemisinin. Nilai LDso subakut (28 han) untuk PND ialah 159.59 mg/kg. Berdasarkan kepada faktor kekronikan (LDsOakut/LD50 subakut (28 hari») yang bernilai 7.37, secara relatif, PND didapati memberi kesan toksik kumulatif. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/2634 | |
dc.subject | Pironaridina Dan Artesunat | en_US |
dc.subject | Agen-agen antimalaria baru | en_US |
dc.title | Kajian Ketoksikan Akut Dan Subkronik Pironaridina Dan Artesunat | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: