Penyambung Silangan Sinaran Adunan Polivinil Klorida / Getah Asli Terepoksida
Loading...
Date
2001-01
Authors
RATNAM, CHANTARA THEVY
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kesan penyambung silangan dengan menggunakan teknik sinaran ke atas sifat-sifat
adunan 50/50 polivinil klorida I getah asli terepoksida (PVCIENR) telah dikaji dengan
tumpuan pada parameter gaulan, penambahan agen sambung silang (TMPT A) dan
penambahan bahan antioksida (Irganox 1010). Adunan 50/50 PVCIENR yang
disediakan dengan menggunakan Brabender Plastikorder telah disambung silangkan
dengan menyinarkannya pada julat dos 0-200 kGy menggunakan mesin alur elektron
bertenaga 3 MeV. Pembahan di dalam sifat-sifat tegangan, kekerasan, pecahan gel,
dinamik mekanik dan morfologi dengan dos penyinaran telah diselidiki. Beberapa
kaedah seperti pencirian dengan teknik analisis dinamik mekanikal, FfIR, teori Fox,
persamaan Charlesby-Pineer serta keputusan ketumpatan sambung silang
telah digunakan untuk membuktikan kesan pembentukan sambung silang yang
diamhkan oleh sinaran.
Adalah didqpati bahawa parameter gaulan seperti suhu dan masa pencampuran adalah
penting di dalam meningkatkan penyambung silangan di dalam adunan 50/50
PVCIENR akibat sinaran. Keputusan menunjukkan adunan serasi dapat disediakan pada
suhu pencampuran 150°C, kelajuan pencampuran 50 rpm dan masa pencampuran 10
rninit. Juga didapati sinaran baleh memperbaiki keserasian adunan yang disediakan
pada J 40°C, kelajuan pencampuran 50 rpm dan masa pencampuran J 0 minit disebabkan
oleh pembentukan sam bung silang yang diamhkan oIeh sinaran alur elektron. Tindak
balas yang menasabah yang mungkin mengakibatkan ikatan sambung silang di an tara
PVC dan ENRjuga telah dicadangkan.
Pembentukan sambung silang, yang diukur dengan kandungan gel, telah didapati
meningkat bukan sahaja dengan dos sinaran tetapi juga dengan peningkatan di dalam
kepekatan TMPT A. Adunan yang mengadungi 3-4 bsp TMPT A telah mencapai
kekuatan tegangan yang optimum pada dos sinaran 70 kGy.
Analisa spektrum FfIR telah membuktikan bahawa tindak balas yang berlaku pada
adunan PVCIENR akibat sinaran melibatkan pembukaan gelang epoksida pada rantai
ENR dan pembentukan ikatan eter. Permukaan rekahan selepas canggaan spesimen
ujian regangan adunan telah mempamerkan suatu peralihan daripada mulur ke rapuh
dengan penyinaran. Keadaan ini adalah dijangkakan sebagai akibat pembentukan
sambung silang.
Untuk perbandingan, kajian juga telah dilakukan pada homopolimer PVC dan ENR.
Homopolimer PVC dan ENR juga mempamerkan peningkatan yang serupa di dalam
pecahan gel dan sifat-sifat mekanikal seperti adunan 50/50 PVCIENR, terutama sekali
dengan kehadiran TMPTA. Oleh itu adalah disimpulkan bahawa rangkaian tersambung
silang adunan PVCIENR mungkin terdiri daripada PVC yang tersambung silang, ENR
yang tersambung silang bersama-sama dengan PVC yang tersambung silang kepada
ENR.
Keputusan yang diperolehi menunjukkan kehadiran Irganox 10 10 memperbaiki penuaan
tetapi ia juga merencatkan pembentukan sambung silang sinat·an. Ini terbukti dari
keputusan yang menunjukkan penurunan pecahan gel dan kekuatan tegangan dengan
peningkatan amaun Irganox 10 I O. Analisis dinamik mekanikal dan morfologi adunan
telah turut menyokong keputusan ini.
Description
Keywords
Penyambung Silangan Sinaran Adunan Polivinil Klorida , Getah Asli Terepoksida