Penyambung Silangan Sinaran Adunan Polivinil Klorida / Getah Asli Terepoksida

dc.contributor.authorRATNAM, CHANTARA THEVY
dc.date.accessioned2016-08-02T08:32:28Z
dc.date.available2016-08-02T08:32:28Z
dc.date.issued2001-01
dc.description.abstractKesan penyambung silangan dengan menggunakan teknik sinaran ke atas sifat-sifat adunan 50/50 polivinil klorida I getah asli terepoksida (PVCIENR) telah dikaji dengan tumpuan pada parameter gaulan, penambahan agen sambung silang (TMPT A) dan penambahan bahan antioksida (Irganox 1010). Adunan 50/50 PVCIENR yang disediakan dengan menggunakan Brabender Plastikorder telah disambung silangkan dengan menyinarkannya pada julat dos 0-200 kGy menggunakan mesin alur elektron bertenaga 3 MeV. Pembahan di dalam sifat-sifat tegangan, kekerasan, pecahan gel, dinamik mekanik dan morfologi dengan dos penyinaran telah diselidiki. Beberapa kaedah seperti pencirian dengan teknik analisis dinamik mekanikal, FfIR, teori Fox, persamaan Charlesby-Pineer serta keputusan ketumpatan sambung silang telah digunakan untuk membuktikan kesan pembentukan sambung silang yang diamhkan oleh sinaran. Adalah didqpati bahawa parameter gaulan seperti suhu dan masa pencampuran adalah penting di dalam meningkatkan penyambung silangan di dalam adunan 50/50 PVCIENR akibat sinaran. Keputusan menunjukkan adunan serasi dapat disediakan pada suhu pencampuran 150°C, kelajuan pencampuran 50 rpm dan masa pencampuran 10 rninit. Juga didapati sinaran baleh memperbaiki keserasian adunan yang disediakan pada J 40°C, kelajuan pencampuran 50 rpm dan masa pencampuran J 0 minit disebabkan oleh pembentukan sam bung silang yang diamhkan oIeh sinaran alur elektron. Tindak balas yang menasabah yang mungkin mengakibatkan ikatan sambung silang di an tara PVC dan ENRjuga telah dicadangkan. Pembentukan sambung silang, yang diukur dengan kandungan gel, telah didapati meningkat bukan sahaja dengan dos sinaran tetapi juga dengan peningkatan di dalam kepekatan TMPT A. Adunan yang mengadungi 3-4 bsp TMPT A telah mencapai kekuatan tegangan yang optimum pada dos sinaran 70 kGy. Analisa spektrum FfIR telah membuktikan bahawa tindak balas yang berlaku pada adunan PVCIENR akibat sinaran melibatkan pembukaan gelang epoksida pada rantai ENR dan pembentukan ikatan eter. Permukaan rekahan selepas canggaan spesimen ujian regangan adunan telah mempamerkan suatu peralihan daripada mulur ke rapuh dengan penyinaran. Keadaan ini adalah dijangkakan sebagai akibat pembentukan sambung silang. Untuk perbandingan, kajian juga telah dilakukan pada homopolimer PVC dan ENR. Homopolimer PVC dan ENR juga mempamerkan peningkatan yang serupa di dalam pecahan gel dan sifat-sifat mekanikal seperti adunan 50/50 PVCIENR, terutama sekali dengan kehadiran TMPTA. Oleh itu adalah disimpulkan bahawa rangkaian tersambung silang adunan PVCIENR mungkin terdiri daripada PVC yang tersambung silang, ENR yang tersambung silang bersama-sama dengan PVC yang tersambung silang kepada ENR. Keputusan yang diperolehi menunjukkan kehadiran Irganox 10 10 memperbaiki penuaan tetapi ia juga merencatkan pembentukan sambung silang sinat·an. Ini terbukti dari keputusan yang menunjukkan penurunan pecahan gel dan kekuatan tegangan dengan peningkatan amaun Irganox 10 I O. Analisis dinamik mekanikal dan morfologi adunan telah turut menyokong keputusan ini.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2350
dc.subjectPenyambung Silangan Sinaran Adunan Polivinil Kloridaen_US
dc.subjectGetah Asli Terepoksidaen_US
dc.titlePenyambung Silangan Sinaran Adunan Polivinil Klorida / Getah Asli Terepoksidaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: