Hubungan Antara Struktur Keluarga Dan Atachmen Kepada Ibu Bapa Dengan Delinkuensi Juvana Dalam Kalangan Pelajar Melayu
Loading...
Date
2004-06
Authors
SAIBON, JAMALSAFRI
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan struktur keluarga bagi pelajar
Melayu yang terbabit delinkuensi juvana dengan pelajar Melayu yang tidak terbabit
delinkuensi juvana. Di samping itu, ia juga untuk menjelaskan perkaitan antara jenis
struktur keluarga dengan pelajar Melayu yang terbabit delinkuensi juvana dan
pelajar Melayu yang tidak terbabit delinkuensi juvana berdasarkan aspek atachmen
kepada ibu bapa. Jenis struktur keluarga yang dikaji ialah jenis struktur keluarga
tradisional dan jenis struktur keluarga bukan tradisional. Seramai 149 pelajar dari
dua buah Sekolah Tunas Bakti (STB) dan 155 pelajar dari sekolah menengah harian
(SMK) telah menjadi sampel kajian. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan
maklumat berkaitan jenis struktur keluarga, latar belakang keluarga dan tahap
atachmen antara pelajar dengan ibu bapa. Kajian menggunakan kaedah
crosstabulation dan independent-samples t test untuk menganalisis data. Di antara
dapatan utama kajian ini adalah seperti berikut:
Terdapatnya perbezaan yang signifikan jenis struktur keluarga antara pelajar
Melayu yang terbabit delinkuensi juvana dengan pelajar Melayu yang tidak terbabit
.....
delinkuensi juvana. Perbezaan yang signifikan juga diperolehi aspek tahap
atachmen kepada ibu bapa antara pelajar Melayu yang terbabit delinkuensi juvana
dengan pelajar Melayu yang tidak terbabit delinkuensi juvana. Di samping itu,
terdapatnya perbezaan yang signifikan aspek tahap atachmen kepada ibu bapa
antara pelajar Melayu yang datang daripada jenis struktur keluarga tradisional
dengan pelajar Melayu yang datang daripada jenis struktur keluarga bukan
tradisional.
Untuk kajian lanjutan adalah dicadangkan agar kaedah temubual untuk
memperolehi data digunakan untuk mendapatkan maklumat serta data yang lebih
mendalam terutama yang melibatkan aspek atachmen kepada ibu bapa. Di samping
itu penggunaan sampel daripada pelbagai etnik juga adalah perlu untuk
mencenninkan hasil dapatan yang mewakili keseluruhan pelajar di negara ini.
Description
Keywords
Hubungan Antara Struktur Keluarga Dan Atachmen Kepada Ibu Bapa , Dengan Delinkuensi Juvana Dalam Kalangan Pelajar Melayu